Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 11 February 2012

#AmanKampus 7 : MB Pahang Raikan Konvoi Jelajah @AmanKampus Di Pahang... @NajibRazak @Saifuddinabd


Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat diraikan dalam satu majlis makan makan di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam majlis yang turut disertai oleh mahasiswa dari negeri Pahang itu turut diserikan dengan acara karaoke oleh peserta-peserta Kembara Aman Kampus.

Kedai Rakyat 1Malaysia bakal dibuka di serata Perak pada 2012


Sekurang-kurangnya 59 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di seluruh Perak, sepanjang tahun depan bagi meringankan beban hidup rakyat berpendapatan sederhana dan rendah negeri ini.

Hasrat itu diluahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang sudah mengarahkan pegawainya untuk mengadakan perbincangan dengan pengurusan KR1M bagi meneliti cadangan itu.

"Sebagai permulaan, sebanyak lima premis KR1M yang berkonsepkan pasar mini itu sudah beroperasi di lima daerah iaitu Parit Buntar, Teluk Intan, Bidor, Manjoi di Ipoh dan Taman Seri Maju, di Bagan Serai."

Benarkah Raja Nong Chik ‘Dalang’ Di Sebalik Pendedahan Isu NFC???... @RajaNongChik @rajanongchik_my


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah dalang disebalik isu NFC sehingga menjejaskan imej dan kedudukan politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau dengan tegasnya meminta wartawan bertanyakan pada Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh samada dakwaan itu betul atau tidak.

"Adakah ianya betul…you boleh tanya Shahrizat samada dakwaan itu betul atau tidak," kata Raja Nong Chik yang ditemui di Majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sebuah hotel dekat Jalan Klang Lama malam Jumaat.

DAP & Pergaduhan di KFC iCity: Apa Kata PAS & PKR?


Insiden pergaduhan di KFC-iCity menyerlahkan buat kesekian kalinya siapakah rasis sebenar di Malaysia. Ianya bermula dengan seorang pelanggan berbangsa Cina yang tidak berpuas hati telah memaki hamun dengan kata-kata berbaur rasis terhadap seorang pekerja Melayu. Pekerja Melayu yang merasa terhina menjadi hilang sabar lalu memukul pelanggan tersebut.
Pelanggan yang dipukul membuat laporan polis dan kemudiannya bersama-sama DAP membuat sidang akhbar menafikan mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Soalnya, jika sipelanggan berkata benar, kenapakah dia perlu membabitkan DAP dalam kes ini?

Melainkan dia telah benar-benar menghina pekerja tersebut dengan kata-kata berbaur rasis dan kini ingin berlindung di bawah payung politik untuk melepaskan diri.

Friday, 10 February 2012

Betul Ka MB Kedah, Azizan Tidak Kisah Dipecat???... Kalo Berani Letak Jawatan Jer...


Umum sedia maklum betapa panasnya kerusi Menteri Besar Kedah.   Walaupun negeri Kedah dilihat berada dalam keadaan 'berhibenisasi' semenjak diambil alih oleh PAS, politik di Kedah tetap rancak dan bergelora.

Banyak yang diperkatakan tentang YAB Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah walaupun pada dasarnya, beliau sendiri tidak begitu banyak bercakap di media.  Kalau adapun, ia hanya berupa 'tengkingan' dan bukannya 'kenyataan' kepada media.

Tidak salah jika dikatakan bahawa Azizan adalah satu personaliti yang menarik untuk diperhatikan.  Beliau dikatakan tegas, bersih dan jujur dan rakyat menyokong beliau atas beberapa faktor ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers