Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 11 April 2014

#MAHA2014 Pra-Pelancaran Mendapat Sambutan Positif... @NajibRazak @IsmailSabri #DSIS


Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2014

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sekali lagi akan menganjurkan acara dwitahunan bertaraf antarabangsa iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2014 dan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang akan diadakan pada 20 - 30 November 2014.

Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2014 disempurnakan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10hb April 2014 (Khamis) sebagai simbol bermulanya promosi acara MAHA pada tahun ini.

MAHA 2014 yang diselaraskan oleh MARDI dan FAMA dengan dibantu oleh jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kali ini akan membawa tema "Agroteknologi Pemangkin Transformasi" dan bakal memaparkan lebih banyak tranformasi sektor pertanian, penternakan dan industri asas tani yanga melibatkan aspek inovasi dan teknologi terkini.

Antara objektif utama pra-pelancaran adalah bagi memperkenalkan konsep baru MAHA 2014 yang melibatkan 8 fokus utama sektor pertanian iaitu :

  1. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
  2. Agri Trade
  3. Industri agro-makanan
  4. Industri asas tani
  5. Agro Youth
  6. Malaysian Agriculture and innovation Challenges (MAGIC)
  7. Agro-pelancongan
  8. Agri lifestyle
MAHA 2014 kali ini turut memperkenalkan 13 kluster pertanian yang memperlihatkan gabungan usahasama jabatan dan agensi di bawah MOS dalam menjayakan sektor pertanian. Kluster-kluster tersebut adalah :

  • Agro Base Industry
  • Agro Trade
  • Agro Tourism
  • Agrofood - Buahan & Florikultur
  • Agrofood - Nanas
  • Agrofood - Sayuran & Herba
  • Agrofood - Ternakan
  • Agrofood - Perikanan
  • Agrofood - Mekaninasi
  • Agrofood - Padi
  • Agro Youth
  • Agro - lifestyle dan Magic
MAHA 2014 merupakan platform terbaik menemukan peniaga, pembekal, pengedar, pembeli selain menjadi tempat yang strategik untuk mendapatkan informasi-informasi terkini bidang pertanian. Selain itu, MAHA 2014 juga sebagai platform bagi menawarkan peningkatan pengeluaran, keselamatan makanan, nilai tambah sekaligus meningkatkan pendapatan petani ke suatu aras yang lebih tinggi. Melalui MAHA 2014 juga kerajaan dapat mempromosikan bidang pertanian serta menawarkan peluang kerjaya yang menarik khususnya kepada generasi muda.

SUARAM Terima 100 Juta Dana Asing Bantu PKR Dan Pembangkang???


Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

Dakwanya, wang berkenaan juga dipercayai digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram.

“Kita dapat maklumat ini daripada bekas anggota Suaram.

“Wang tersebut dipercayai dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin Suaram melalui negara jiran. Mereka tidak mahu wang berkenaan dimasukkan melalui transaksi bank.

“Lebih merisaukan adalah wang ini dipercayai digunakan untuk merasuah beberapa kakitangan kerajaan bagi membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan sekutu Suaram serta mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan dalam negara," dakwanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pendedahan terbaru tindak tanduk Suaram di Ibu Pejabat JMM, Kota Damansara dekat sini.

Azwanddin berkata, nama kakitangan yang terlibat akan didedahkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Azwanddin turut mendakwa, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan Suaram yang menerima dana daripada luar negara.

Dakwanya, selain Suara Inisiatif, terdapat sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram iaitu difahamkan sebuah syarikat pemilik tunggal, Suaram Komunikasi.

“Kami mendapat maklumat ini daripada bekas anggota Suaram bahawa Suaram Komunikasi adalah syarikat pemilik tunggal yang menerima dana asing. Malah kami juga mendapati National Endownment For Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada Suaram Komunikasi," katanya.

Sumber : suaram-asia.blogspot.com

Lagi cerita pasal SUARAM terima dana asing RM100 juta KLIK SINI KLIK SINI

Wednesday, 9 April 2014

Kempen "Peliharalah Tanah Kita" Dilancarkan oleh @moa_gov... @IsmailSabri60 #DSIS @tunfaisal



Semalam Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan Kempen "Peliharalah Tanah Kita" dan "Buku Garis Panduan Pembangunan Pertanian Di Tanah Bercerun" versi terbaharu di Dewan Serbaguna MOA, Putrajaya.

Usaha-usaha ini dilakukan kerana MOA tidak mahu sektor pertanian dilabelkan sebagai punca utama kepada berlakunya pencemaran alam sekitar dan bencana alam seperti banjir.




Permohonan Maaf Kepada "Pemimpin Belia Negeri" Yang Sebut "SIAL" Dalam Mesyuarat... @KhairyKJ


Syukur alhamdullillah semalam dengar khabar berita yang di bawa angin bahawa dakwaan kononnya ada seorang "Pemimpin Belia Negeri" yang mengeluarkan kata-kata kesat "SIAL" kepada "Anak Muda Kelab Gabungan Majlis Belia" adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI (cerita berkaitan hal tersebut boleh KLIK SINI). Menurut khabar angin itu lagi, satu pertemuan telah diadakan antara kedua belah pihak iaitu "Si Pengadu" yang merupakan "Anak Muda Kelab Gabungan Majis Belia"  dengan "Pemimpin Belia Negeri" itu sendiri telah turun padang bagi menjernihkan segala salah faham yang timbul antara kedua belah pihak. Menurut khabar angin itu lagi, satu perbincangan yang panjang dalam suasana yang cukup harmoni telah diadakan dalam suasana yang santai dan segala salah faham "misunderstanding" itu akhirnya telah berjaya dirungkaikan. Segala yang kusut akhirnya terungkai dalam suasana yang profesional.

"Salute" tabik "spring" gua kepada "Pemimpin Belia Negeri" tersebut yang juga merupakan seorang pegawai khas kepada pegawai khas seorang menteri yang secara "PROFESIONAL"nya turun sendiri ke bawah tanpa menghantar wakil pun untuk bertemu dengan kumpulan "Anak Muda Kelab Gabungan Majlis Belia" tersebut. Dikhabarkan "Pemimpin Belia Negeri" ini telah berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku dan rasanya tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi. Beliau dengan rendah diri menyelesaikan masalah yang timbul dalam suasana yang sangat harmoni. 

Inilah ciri-ciri seorang pemimpin muda yang mengetuai kepimpinan anak muda yang dicari-cari oleh negara dan masyarakat di negara ketika ini. Contoh teladan ini harus diikuti jejak langkahnya oleh pemimpin belia yang lain sama ada di peringkat kawasan, negeri mahu pun kebangsaan. Tahniah kepada "Pemimpin Belia Negeri" yang "gentleman" turun padang menyelesaikan sendiri masalah dan salah faham yang timbul. Bukan calang-calang orang boleh buat sebagaimana yang dah dibuat oleh "Pemimpin Belia Negeri" ni. 

Gua pun dengan rasminya "MEMOHON MAAF" kepada "Pemimpin Belia Negeri" yang juga merupakan pegawai khas kepada pegawai khas menteri tersebut di atas salah faham berkenaan dengan isu ini dan sedia menarik balik artikel sebelum ini.

p/s : benar kata orang tua-tua "tak kenal maka tak cinta"... dah kenal baru kita tau hati budi seseorang... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers