Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 29 July 2011

Eksklusif : Penyokong Bersih Membuat Onar Di Putrajaya?

Ketika program majlis Debat : Kematangan Demokrasi di Malaysia yang dianjur oleh Pergerakan Pemuda Umno Putrajaya bersama ahli panel Dato' Zaki Zahid (Ketua Pemuda Umno Putrajaya), YB Nik Nazmi (ADUN PKR Seri Setia), Dr. Mohammad Nawar Ariffin (Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia) dan Wan Mohd Firdaus (Pengerusi Young Corporate Malaysia), seorang penyokong Bersih dan Patriot datang dengan tujuan membuat provokasi apabila cuba memasuki dewan majlis dengan memakai baju kuning berlogo Bersih dan Patriot. 
Maaf mutu gambar kurang memuaskan. (pakai handphone jer)
Pihak penganjur telah memaklumkan bahawa peserta dan penyokong yang memakai pakaian mempunyai logo Bersih atau logo Patriot tidak DIBENARKAN memasuki dewan majlis
penyokong Bersih tidak berpuas hati dengan tindakan polis
Sebelum majlis debat berlangsung, seorang penyokong bersih cuba membuat kecoh apabila pihak penganjur tidak membenarkan beliau masuk ke dalam dewan atas alasan memakai baju kuning berlogo Bersih. 
penyokong Bersih sedang diambil maklumat oleh pihak polis
penyokong Bersih tetap berkeras mahu memasuki dewan sekali pun telah dilarang

Nasib baik pihak polis bertindak dengan pantas, profesional dan mengikut prosidur meredakan keadaan. Pihak polis telah mengambil butiran diri individu tersebut serta mengarahkan beliau beredar dari kawasan majlis. 
terdapat juga penyokong bersih dibenarkan masuk kerana memakai baju kuning tanpa logo Bersih
situasi yang jauh berbeza di dalam dewan... keadaan terkawal...

Namun, pihak polis masih bertimbang rasa dengan membenarkan inividu tersebut memasuki dewan majlis setelah beliau menukar pakaian kepada t-shirt biasa.

Kulaan : ungol… ungol… ungol…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers