Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 29 July 2011

Yayasan Selangor Dah Nak Bangkrap????


Kerajaan pimpinan PKR yang ditadbir oleh regim Khalid Gagap dikatakan cuba menutup dua buah asrama yang menempatkan hampir 450 pelajar dengan alasan kesesakan lalulintas dan lokasinya tidak sesuai.

Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norasikin (ATPN) ini dikatakan asrama kebanggaan seluruh anak-anak Selangor yang mana asrama ini merupakan penyambung talian pendidikan pelajar ke dua sekolah terkemuka iaitu Sekolah Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Victoria.

Kerajaan regim Khalid Gagap sebenarnya telah gagal menguruskan dengan baik setiap perbelanjaan yang melibatkan kewangan Yayasan berkenaan.


Tindakan tidak berperikemanusiaan ini dipercayai dibuat atas kesempitan sumber kewangan yang dialami oleh Yayayasan Selangor, sebelum ini sudah banyak kali didedahkan bahawa Yayasan Selangor di bawah regim PKR ini boros dalam menghabiskan wang milik Yayasan berkenaan.

Mereka pernah anjurkan pertandingan memancing yang melibatkan kos RM1 juta, malah jika masih ingat lagi Tuanku Sultan Selangor sendiri murka selepas baginda mendapat tahu mengenai kos majlis makan malam yang mencecah beratus-ratus ribu ringgit.

Selain itu ada juga cerita di mana ada pihak mendakwa wang berjumlah RM80 juta yang diwariskan kepada pihak pengurusan dikatakan telah lesap!

Mereka mencanang ke serata pelusuk negeri bahawa pentadbiran mereka bagus, efisyen dan cekap dalam menjaga kebajikan rakyat. Tetapi pada hakikatnya keadaan sebenar adalah sebaliknya kerajaan negeri dikatakan mengalami defisit setelah ditadbir oleh regim PKR.

Lihatlah keborosan yang mereka buat sepanjang 3 tahun memerintah wang milik Yayasan Selangor pun lesap begitu saja.

Sumber dari : Double Y

Kulaan : mula-mula tutup sekolah... lepas nie nak tutup apa plak apa yang ada di bawah kekuasaan dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR dan dikawalselia DAP... sekolah tutup duit takda tapi lombong pasir bukak merata-tara macam cendawan tumbuh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers