Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 12 February 2012

Tubik Masuk Lagu Dangdut Lucah Wani Kelate???...



Kulaan nak tergelak pun ada sebaik saja menonton klip video lagu dangdut ni sebab Kulaan tak berapa faham sangat bahasa kelate nih.

Bukan sebab suara penyanyinya lari ‘pitching’ atau tariannya ke laut…kedua-duanya bagus sebenarnya.

Cuma liriknya bunyi ‘pelik’ sikit.

Tajuknya Tubik Masuk. Ia adalah lagu loghat Kelantan.

Maksudnya lebih kurang macam Keluar Masuk lah.

Rasanya dah lama ia dimuat naik dalam laman YouTube.

Sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya.

Lirik dia memang lucah habislah kalau kita amati, antaranya:



Suk suk tubik masuk

Masuk lagi aarrghhhh!!! tubik lagi

Jak jak jak memey sedap

Lamo lamo ah ah ah kohok sedap

dipegey-pegey disedut-sedut

.
Isk tak sanggup pula rasanya nak tulis habis senikatanya.

Rupa-rupanya bila tengok sampai habis baru Kulaan tahu….lagu ini mengenai ‘nikmatnya’ bila menghisap rokok.

Baik, mungkin ramai nak tahu siapa penyanyi Wani ni?

Harian Metro 17 September 2011 ada menyiarkan berita tentang Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

” Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, ” kata Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.

” Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop."

” Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya.

Berbalik pada lagu Tubik Masuk tu, apa-apa ajalah, sama ada ia berbaur lucah, atau menghisap rokok, bagi Kulaan ia tetap TAK KENA LANGSUNG!

Tak dapat Kulaan bayangkan kalau anak-anak kita sambil buat kerja sekolah, tiba-tiba dok nyanyi lagu ni, mau pengsan atuk dengan nenek diaorang kalau mendengarnya!

Ramai orang kata, jangan ambil serius, ia cuma hiburan, entahlah, anda pula bagaimana….ke minat juga lagu Tubik Masuk ni?

5 comments:

  1. walaupun sy kat kelantan, tp sy tak penah dgr lagu ni. bkn tak menghargai seni warisan negeri sendiri. tp kadang2 meluat tgk gaya penyanyi yg kadang2 melampau2 seksinye.

    ReplyDelete
  2. tak lalu tengok tergedik-gedik... kesian... buat malu orang kelate jer...

    ReplyDelete
  3. kelantan semua bodoh2

    ReplyDelete
  4. Rilek laa sume...layan jela

    ReplyDelete
  5. lagu tu memang lucah,kelantan kan tegas dengan agama nya,tapi mengapa lagu maseh di main kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers