Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 16 November 2012

Dulu Harakah, Sekarang SelangorKini Diedar Ketika Orang Bekerja... @TengkuAdnanReal









Gua baru mendapat panggilan dari member gua yang terus menghantar beberapa keping gambar sebagai bukti tindakan terdesak Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Menurut member gua, akhbar SelangorKini ini diedarkan di kediaman kuarters kakitangan awam di Blok 4 Presint 9 pagi tadi ketika ramai yang keluar bekerja.

Sebahagian daripada akhbar ini diletakkan dalam bakul motosikal penduduk dan ada sebahagiannya dimasukkan dalam peti surat rumah kediaman. Gua dimaklumkan member gua, perbuatan ini mungkin dilakukan oleh orang luar daripada Putrajaya.

Apakah tujuan akhbar ini diedarkan secara percuma kepada penduduk kalo bukan bertujuan untuk menghasut penduduk Putrajaya membenci kerajaan.

Gua harap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan akan mengambil serius perkara ini. Kalo Datuk Seri hanya mengharapkan pegawai beliau seorang sahaja tanpa melibatkan AJK Bahagian lain, gua ingat lepas nie bukan takat akhbar disebarkan tetapi ceramah-ceramah politik bakal berleluasa di Putrajaya.

Gua sebagai penduduk Putrajaya dan ahli sini amat berharap Datuk Seri Tengku Adnan mengambil serius hal ini demi mempertahankan Putrajaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers