Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 6 June 2013

Transformasi PM @NajibRazak Cacat Kerana "Dinasour" Dalam Pejabat PM???



Pembukaan bicara gua kali berkaitan tajuk di atas "Transformasi PM Najib Cacat Kerana Dinasour Dalam Pejabat PM???". Kenapa gua petik soal "Transformasi", benda baru yang diperkenalkan oleh PM semasa tampuk pemerintahan beliau selepas PRU13.

Transformasi yang diperkenalkan PM banyak tapi gua rasa tak perlu la gua eleborate, korang cari la sendiri. Apa yang gua nak bangkitkan kat sini soal transformasi dalam pejabat PM sendiri. Pening gua memikirkan kenapa PM yang dah ada pengalaman dalam PRU13 bila sebahagian besar pegawai dalam pejabat beliau menjadi calon termasuk Setpol dan Pegawai Khas.

5 Setpol dan 2 Pegawai Khas beliau yang menjadi calon hanya Pegawai Khas yang menang sedangkan ke semua Setpolnya kalah. Keputusan PRU13 lepas kalau dikira memang nampak merosot tetapi disebabkan Allah sayangkan UMNO dan BN maka TAKDIR Allah BN masih memerintah negara. Sefaham gua la tugas Setpol sebagai Setiausaha Politik PM adalah membantu dan menguruskan urusan PM tapi kalo dah sibuk berkempen.

Kini kerusi Setpol di PMO masih kosong dan baru-baru ini kedengaran sudah diisi oleh Exco Pemuda anak kepada Presiden Perbadanan Putrajaya, Khairun Aseh. Sorang lagi dinasour dah masuk PMO. Kenapa gua gelar Khairun ni sebagai dinasour. Rujuk jer la apa yang ditulis oleh Sangkakalajari9 akan dinasournya Khairun "merompak" kekayaan. Klik Sini http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/06/najibrazak-khairun-aseh-terlibat-dengan.html?m=1

PM patut lihat sekeliling beliau contoh teladan bagaimana dinasour yang berada disekeliling beliau seperti Setpol beliau sendiri, Datuk Sahlan. Ciri Sahlan ini sama seperti Khairun dari segi sifat dinasournya. Bila Najib melantik Khairun sebagai Setpol barunya, seperti keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Orang yang tak pernah turun kawasan ketika masa berkempen jauh sekali nak membantu calon iaitu Tengku Adnan. Secara tak langsung inilah yang dikatakan sebagai ahli yang sabotaj calon dan parti.

PM pernah berkata dalam ucapan beliau bahawa mana-mana ahli yang tidak membantu calon yang telah dipilih dalam PRU13 boleh dikatakan sebagai sabotaj parti dan boleh diambil tindakan. Jadi, di manakah Setpol PM ni ketika hari berkempen. PM patut tanya dengan orang dalam Bahagian Putrajaya.

Sekor lagi dinasour PM yang menjadi punahsihat PM semasa memilih senarai calon di Selangor dan sebab cadangan dinasour inilah Selangor kalah teruk kalau bukan Zain Badak. Bila BN kalah teruk di Selangor, PM yang disalahkan ahli sedangkan Zain Badak inilah yang menjadi pencatur calon Selangor. Khabar angin yang gua dengar ada akar umbi yang bertanya kepada Zain Badak kenapa nama calon yang naik bukan senarai dari bahagian, ini jawapan beliau "inilah masanya nak buang habis pengaruh Khir Toyo..." Wallahualam. Untuk cerita penuh klik sini http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/bila-lagi-nak-balun-pak-lampir-aka-zain.html?m=1

Agensi pun sama kes jugak bila PM masih menyimpan dinasour kat situ. Ketua Pengarah BTN, Raja Arif yang memang terkenal dengan sifat dinasournya bakal digantikan dengan dinasour lain plak iaitu Dato Nordin Kardi. Bila agensi kerajaan nak "transform".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers