Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 14 August 2013

DAP Sarawak Kena Sound Tepek Ngan Ketua Pemuda UMNO @KhairyKJ!!! @NajibRazak


KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dengan tuduhan serta kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di mukasurat depan Borneo Post hari ini 14hb Ogos, 2013. Beliau menuduh bahawa insiden kes tembak-menembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini adalah sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan beberapa akta yang telah dan sedang dimansuhkan.

Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius, keterlaluan dan bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu.

Kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini.

Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan 'politik kotor' Chong dan berharap ia membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah kami buat laporan di Balai Polis Indera Mahkota, Pahang (NO Report : Kuantan/02689/13)ke atas Chong supaya satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya.

KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Azeez Rahim patut disingkirkan atau dia sendiri letak jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji . Tanda-tanda sakauan bermula apabila gaji dinaikkan bagi anak syarikat Tabung Haji yang tak buat untung dekat Arab Saudi iaitu TH Real Estate Company (TH RE) yang telah ditubuhkan pada 2009. Pasti pihak media ingin tahu mengapa TH Real Estate Company yang masih tidak mampu memberi sebarang pendapatan (zero revenue) perlu menghabiskan SR2.5 juta setahun untuk kos gaji dan elaun pekerja yang hanya 5 orang sahaja (1 CEO, 2 orang pekerja Malaysia dan 2 pekerja Arab)? Pihak media pasti ingin tahu benarkah gaji CEO TH Real Estate telah dinaikkan dari RM30k sebulan ke RM70k sebulan? Takkan nak diam je kott??? Jangan dibiar lama2 , duit rakyat tuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers