Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 15 August 2013

Kisah Koperal Trafik Berhati Mulia… @PDRMsia @ZahidHamidi


Walaupun wang ringgit yang dikeluarkan untuk membantu mungkin tidak mahal, nilainya amat tinggi buat orang yang sedang memerlukan pertolongan.

Itulah contoh kejadian yang berlaku jam 6 petang semalam, apabila seorang pemuda bernama Khairi Amer kehabisan minyak motor di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.

Khairi amat bersyukur apabila seorang anggota trafik berpangkat Koperal sudi membantunya membelikan minyak motor.

Malah menurut Khairi yang berkongsikan kejadian ini di Facebook PDRM, anggota trafik berkenaan datang bersama minyak motor dalam botol besar yang dibeli dari stesen minyak berhampiran walaupun dia cuma memberikan botol kecil kepadanya sebelum itu.

Anggota trafik itu juga hanya tersenyum dan tidak mahu menerima wang yang dikeluarkannya untuk membelikan minyak motor tersebut walaupun dihulur.

Tahniah diucapkan kepada PDRM yang berjaya melahirkan penjawat awam yang berdedikasi menjalankan tugas seperti anggota trafik tersebut. Semoga lebih banyak lagi kes-kes seperti ini dapat didengar pada masa akan datang. – REM RAMZI

Sumber: Facebook Polis DiRaja Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Azeez rahim punya cerita terbaru takde ke? Takkan dah senyap, banyak orang tak senang duduk azeez jadi pengerusi tabung haji, ungku aziz dah letak benchmark pengerusi tabung haji di satu tahap yg tinggi, dari segi akademik dan pangalaman bisnes. Ya betul azeez byk buat kerja kebajikan tapi tak boleh disamakan dgn dunia korporat. Azeez buat kerja kena ada kamera wartawan dan blogger, sbb nak canang satu dunia ex tingkat 4 ni buat kerja moolia, belakang masyukk...buat kerja ada makna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers