Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 13 August 2013

Pak Arab Langgar Lari Budak Motor Kat Lebuhraya Utara Selatan!!! @PDRMsia @plustrafik @LLMinfotrafik


Walaupun gua rasa agak terlewat untuk post story xciden yang berlaku depan mata gua dan gua sendiri berada di lokasi kejadian, gua rasa terpanggil untuk membantu pihak PDRM mencari pak arab yang langgar lari tu.

Kejadian berlaku awal subuh hari terakhir puasa sehari sebelum hari raya lalu sekitar jam 6 pagi lepas gua berenti sahur. Gua dalam perjalanan pulang ke kampung di Perak dari ibukota. 


Dalam perjalanan lepas Hentian Behrang lokasi km 382.3 menghala ke utara, tiba-tiba sebuah MPV biru macam teksi Limo dari lorong laju paling kanan terus menghimpit tepi lebuhraya. Kebetulan sekumpulan budak-budak muda sedang berkonvoi pulang ke kampung.


MPV bernombor pendaftaran AHW 8013 yang gua rasa kereta sewa telah menghimpit dan melanggar sebuah motosikal dalam konvoi tersebut menyebabkan penunggangnya tercampak ke tepi lebuhraya. Gua yang kebetulan berada di belakang konvoi terus memberhentikan kereta bagi memberi bantuan kecemasan.


Seorang penunggang kelihatan terbaring di tepi jalan mengerang kesakitan dan gua rasa kaki dia patah berdasarkan aduan mangsa yang mengerang kesakitan di kaki (gambar di atas sebagai bukti). Dalam masa yang sama beberapa rakan mangsa menahan kenderaan MPV yang melanggar mangsa. Gua sempat menjenguk memeriksa siapa yang memandu kereta tersebut. Kelihatan seorang seperti Pak Arab yang gua tak pasti warganegara arab mana plak sebab keadaan ketika itu agak kelam-kabut.


Gua bergegas menemui mangsa yang ditemani beberapa rakan yang sedang panik tak tau nak buat apa. Tanpa membuang masa gua terus menghubungi 999 bagi memaklumkan mengenai kemalangan tersebut dan meminta ambulan hadir dengan kadar segera. Sedang gua membuat panggilan 999, secara tiba-tiba kenderaan MPV yang melanggar mangsa memecut meninggalkan lokasi. Dalam keadaan terpinga-pinga beberapa orang rakan mangsa cuba mengejar dan gua tak pasti mereka dapat tangkap ker atau tidak suspek.

Selepas gua buat panggilan 999 minta bantuan ambulan dan buat report pasal kenderaan yang langgar lari tu, gua pun meneruskan perjalanan pulang ke kampung tanpa mengetahui keadaan mangsa (lupa plak nak ambik no telefon). Kalo ada sesiapa pembaca yang mengenali mangsa kemalangan ni boleh la syer info apa jadi ngan mangsa, masuk hospital mana, sihat ker dia, betul ker kaki patah.

Cuma gua harap dengan story gua nie pihak Polis terutama PDRM boleh merujuk kepada panggilan dan aduan gua pasal kes langgar lari ni kat 999 yang berlaku pada 7hb Ogos sekitar jam 6-7 pagi lokasi km 382.3 selepas Hentian Rehat Behrang menghala ke Utara Lebuhraya Utara-Selatan.


Gua harap pihak PDRM boleh mengesan siapa yang memandu kenderaan MPV biru no pendaftaran AHW 8013 yang kurang ajar dengan sengaja langgar lari.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





2 comments:

  1. Sila tanya Azeez Rahim,bekas kuncu Tingkat Empat, apa yang dia lakukan dengan diskaun bernilai RM36 juta yang DBKL berikan kepada KLGCC / Sime Darby untuk pajakan tanah Bukit Kiara.

    SPRM perlu melihat kepada perkara ini!!

    Azeez kaki songlap tak layak jadi chairman Tabung Haji

    ReplyDelete
  2. Fitnah baru ko? Suda la pira mabok anom 1301

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers