Ni whatsapp dari isteri Ust Nasaie, K. Amirah Munirah. Baru ni je dia share -
Perintah berkurung 7 malam - 7petang. Kami duk di rumah je. Selamat insyaallah. Bahaya malam. Tentera mengganas. Diberitahu kawan di Sabi' 4 km dari Rubuah sekatan jalanraya waktu malam banyak sangat. Hampir takda kete lalu.
Pagi depa tak tutup jalan tapi kete kebal kete polis penuh di tepi jalan standby je. Malam lebih-lebih lagilah berpesta depa puak ni. Ada 1 kete lalu di check habis-habisan. Malam semua org tak keluar. Sape keluar digeledah habis.
Penembak tepat kebanyakannya target tembak isteri-isteri atau anak-anak pimpinan. Suami sebahagian sembunyi. Depa ugut dengan bunuh. Kes Ramadan lepas 4 syuhada. 3 orang isteri pimpinan. 1 org lagi pelajar universiti asma tak tahan gas.
Ribuan jenazah di Rubuah bawah kawalan depa. Dapat curi 300 jenazah dilarikan ke Masjid Iman. Kaum keluarga pakai datang nak urus. Tentera buat tembakan semalam belah malam di masjid tu. Baki jenazah di Rubuah rasenya bakar gitu je nak hapus kesan.
Semalam rumah kedai depan rumah kami kecurian. 2 pencuri ditangkap dan belasah siap-siap. Dah dihantar polis. Tak caye mane puak polis ni geng tamarud belaka. Pelajar dan pegawai belasah siap-siap. Ikat dari jam 11 malam sampai pagi. 6 pagi tadi baru hantar.
Lepas maghrib semalam rumah kami ada organ ketuk lama gak. Tengok kat luar lampu padam tak cam sape. Kami memang tak buka buat tak tau je. Penjenayah target pelajar Malaysia nak rompak. Tengok-tengok riuh kat luar anjing menyalak pukul 11 pencuri ditangkap. Depa panjat belakang asrama. Risau panjat asrama putri. Ada kes dah dulu. Kebetulan depa masuk asrama putera.
Khair insyaallah. Hasbunallah wa nikmal wakil. Tajdid niat untuk syahid peluru hidup tersasar banyak. Hebat tarbiah sahabat-sahabat kita jamaah islam, Allah turunkan ujian dalam bentuk ini. Spiritual dan ukhuwah sangat hebat. Kami sangat bangga dengan mereka. Nangis duk depan tv sebak sokmo tak tahan tengok live. Penembak bukan sembunyi-sembunyi sahaja. Ada yang tembak orang awam macam tembak tembak anjing liar bertalu-talu. Rakyat yang ada tv boleh tengok live serangan, keadaan kucar lanar di hospital dsb.
Kami sempat tengok ada yg nazak. Macam tersekat nak nafas. Dari usaha sungguh-sungguh sambil ucap zikir. Tak dapat selamat dia tarik nafas panjang lepas tu mati. Dari menangis. Mereka saling membantu dengan kasih sayang.
Sewaktu kalut tembakan masing-masing lari bawa diri ke hulu hilir. Laungan azan, takbir raya dan zikir di mana-mana. Ada sahabat tu lari tiba-tiba belakang dia ada kena tembak jatuh terkulai, dia patah balik angkat dokong sahabat yang cedera. Tengah-tengah dia lari tak sampai 3 saat orang yang dokong pulak kena tembak. Dua-dua jatuh terkulai. Kawan-kawan lain pulak sambut. Akak tengok ya Allah hebatnya ukhuwah depa. Tak tahan sebak.
Senjata mereka hanya Quran dan laungan zikir. Teringat kisah sahabat nabi berkongsi air yg sedikit. Ithar kasihkan sahabat lebih dari diri sendiri akhirnya semua meninggal. Tolong bace qunut nazilah tiap waktu dalam solat. Moga-moga Allah turunkan tentera-tenteraNya yang luar biasa. Diberi kemenangan dan kemuliaan syahid. Ok thanks sahabat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pakcu cukup syahdu dengan laporan yang dipaparkan. Inilah impak dari "perebutan kerusi " dunia yang akhirnya diterjemahkan dalam bentuk darah yang mengalir....
ReplyDeleteApa pun terpulang pada anda menafsirkannya. Yang jelas jika berlaku pertelagahan antara kita maka rahmat dan kasih kasih telah dicabut dan bala diturunkann....
Semoga ini tak terjadi di Bumi Malaysia.....amin......
Kalau dah lihat sendiri harap sedarlah. Jangan asyik seronok nak bawa konon 'semangat dataran tahrir'. Nak bawa rakyat ke jalanraya. Inila jadinya. Kalau polispun setelah banyak kali bagi arahn orang masih tak mau dengar dan start baling batu adakah mereka nak diam saja.
ReplyDeleteKepada yang cari makan dengan berniaga, kalau jadi macam ni di malaysia agak-agak kedai lu orang boleh selamat ka?
Pengajaran yang sangat berharga, itu lah yang ALLAH nak tunjukkan pada manusia-manusia yang taksub berdemo konon nya semangat ARAB SPRING. Inilah harga yang terlalu mahal untuk di bayar akibat kerakusan dan kepercayaan membuta tuli oleh puak-puak yang suka berdemo atas nama demokrasi kononnya. ALLAH maha kaya, jika kamu menjatuhkan orang lain melalui jalan kotor akhirnya kamu juga menerima nasib yang sama dan terima kasih lah kepada pengirim mesej ini yang mahu berkongsi cerita dan harap semua rakyat malaysia di sana insaf dan tak perlu mengadu domba atau menarik simpati supaya mengaitkan apa yang berlaku untuk membuat kacau di negara ini. Kami di Malaysia cintakan keamanan dan hanya segelintir manusia yang berfikiran bebal yang sanggup membuat kacau demi untuk seorang insan yang gila kan kuasa.
ReplyDeleteSekiranya tentera dan buat perintah berkurung,patuh ajela,balik rumah dan duduk diam2,ini ada yg keluar,siap bawa senjata dan buat tembakkan bertalu talu,apakah tentera perlu memberikan bunga pada seorang yg bersenjata?
ReplyDeleteOrang yang bebal dengan undang-undang macam ni lah..kat malaysia pun ada..ramai terutama yang berkopiah...belum pun polis tembak dah buat2 rebah...bangsat punya manusia macam ni..
ReplyDelete