Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 9 April 2014

Kempen "Peliharalah Tanah Kita" Dilancarkan oleh @moa_gov... @IsmailSabri60 #DSIS @tunfaisal



Semalam Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah melancarkan Kempen "Peliharalah Tanah Kita" dan "Buku Garis Panduan Pembangunan Pertanian Di Tanah Bercerun" versi terbaharu di Dewan Serbaguna MOA, Putrajaya.

Usaha-usaha ini dilakukan kerana MOA tidak mahu sektor pertanian dilabelkan sebagai punca utama kepada berlakunya pencemaran alam sekitar dan bencana alam seperti banjir.




Permohonan Maaf Kepada "Pemimpin Belia Negeri" Yang Sebut "SIAL" Dalam Mesyuarat... @KhairyKJ


Syukur alhamdullillah semalam dengar khabar berita yang di bawa angin bahawa dakwaan kononnya ada seorang "Pemimpin Belia Negeri" yang mengeluarkan kata-kata kesat "SIAL" kepada "Anak Muda Kelab Gabungan Majlis Belia" adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI (cerita berkaitan hal tersebut boleh KLIK SINI). Menurut khabar angin itu lagi, satu pertemuan telah diadakan antara kedua belah pihak iaitu "Si Pengadu" yang merupakan "Anak Muda Kelab Gabungan Majis Belia"  dengan "Pemimpin Belia Negeri" itu sendiri telah turun padang bagi menjernihkan segala salah faham yang timbul antara kedua belah pihak. Menurut khabar angin itu lagi, satu perbincangan yang panjang dalam suasana yang cukup harmoni telah diadakan dalam suasana yang santai dan segala salah faham "misunderstanding" itu akhirnya telah berjaya dirungkaikan. Segala yang kusut akhirnya terungkai dalam suasana yang profesional.

"Salute" tabik "spring" gua kepada "Pemimpin Belia Negeri" tersebut yang juga merupakan seorang pegawai khas kepada pegawai khas seorang menteri yang secara "PROFESIONAL"nya turun sendiri ke bawah tanpa menghantar wakil pun untuk bertemu dengan kumpulan "Anak Muda Kelab Gabungan Majlis Belia" tersebut. Dikhabarkan "Pemimpin Belia Negeri" ini telah berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku dan rasanya tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi. Beliau dengan rendah diri menyelesaikan masalah yang timbul dalam suasana yang sangat harmoni. 

Inilah ciri-ciri seorang pemimpin muda yang mengetuai kepimpinan anak muda yang dicari-cari oleh negara dan masyarakat di negara ketika ini. Contoh teladan ini harus diikuti jejak langkahnya oleh pemimpin belia yang lain sama ada di peringkat kawasan, negeri mahu pun kebangsaan. Tahniah kepada "Pemimpin Belia Negeri" yang "gentleman" turun padang menyelesaikan sendiri masalah dan salah faham yang timbul. Bukan calang-calang orang boleh buat sebagaimana yang dah dibuat oleh "Pemimpin Belia Negeri" ni. 

Gua pun dengan rasminya "MEMOHON MAAF" kepada "Pemimpin Belia Negeri" yang juga merupakan pegawai khas kepada pegawai khas menteri tersebut di atas salah faham berkenaan dengan isu ini dan sedia menarik balik artikel sebelum ini.

p/s : benar kata orang tua-tua "tak kenal maka tak cinta"... dah kenal baru kita tau hati budi seseorang... 

Bukti NGO SUARAM Tidak Adil Hanya Berat Kepada Pembangkang???


Sudah jelas dan nyata bagaimana NGO yang kononnya "Suara Rakyat Malaysia" yang membawa suara dan hasrat rakyat tapi sebenarnya merupakan alat kepada pembangkang. Jika selama ini SUARAM melaungkan bahawa mereka adalah terus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Maka jelas di sini mereka hanya digunakan oleh pemimpin pembangkang untuk survival politik pemimpin pembangkang sahaja. Artikel di bawah jelas bagaimana SUARAM menggunakan portal pembangkang The MalaysianInsider seolah-olah dilihat hanya memperjuangkan Anwar dan Karpal Singh apabila mereka dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah seterusnya membawa kepada perlucutan jawatan sebagai Ahli Parlimen. SUARAM cuba memberi gambaran negatif kononnya sistem kehakiman negara tidak adil dan tidak telus. Tetapi mereka tidak pernah bising apabila sebelum ini bila mahkamah menjatuhkan hukuman bahawa Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah di atas kes liwat. 
The message from law advocates the world over is clear - the prosecutions of Anwar Ibrahim and Karpal Singh under archaic and rarely used laws are legally unwarranted and the convictions a travesty of justice.
It is the view of Suaram and Global Bersih that these statements depict selective persecutions that seek to mask assaults on democracy, Malaysia's system of parliamentary representation and opposition MPs.
Statements criticising or questioning the convictions have been made by the US State Department, United Nations, Malaysian Bar, Law Society of England and Wales, Haldane Society, Australian Bar, the International Commission of Jurists, the International Federation of Human Rights, Lawyers for Liberty, Commonwealth Lawyers Association, LAWASIA, Law Society of NZ, Lawyers Rights Watch of Canada, retired Malaysian Court of Appeal and High Court judge NH Chan and Human Rights Watch.
Suaram and Global Bersih jointly call on Prime Minister Najib Razak, Home Affairs Minister Zahid Hamidi, Attorney-General Abdul Gani Patail and elected members of the Dewan Rakyat to urgently move to repeal the outdated legislations that led to their convictions and allow the duly elected members of Parliament to return to their electoral duties.
Suaram and Global Bersih hope that Karpal's 24 March appeal against his fine will eventually see truth and justice prevail to allow the MP for Bukit Gelugor to resume representing his constituents in parliament. 
We hope that justice for Karpal will also pave the way for Anwar to fulfill his parliamentary duties.
In Karpal's case, the 166,000-strong Law Society of England and Wales has already written to Prime Minister Najib Razak to point out it is not seditious to "show any ruler has been misled or mistaken in any of his measures" under Malaysia's Sedition Act.
Suaram and Global Bersih believe Anwar's conviction for sodomy is just as shocking for the speed at which the three judges overturned the previous acquittal, found for a guilty verdict and handed down sentence - all in 90 minutes.
It behoves Suaram and Global Bersih to point out that while an "alternative PM" has been summarily and efficiently stripped of his ability to lead Parliament and country, the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu, a case that allegedly implicates a serving prime minister, Najib, remains unresolved after several years.
These convictions must be seen worldwide as going beyond mere attacks on Anwar Ibrahim and Karpal Singh as individuals.
These are attacks on the respective offices of the leader of the opposition and the leader of the biggest component party in the opposition alliance.
Suaram and Global Bersih therefore see these convictions as blatant attacks on fundamental principles of democracy that underlie the parliamentary process.
Baca selanjutnya untuk cerita penuh MalaysiaInsider 
Kini SUARAM dikatakan akan menaja salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Tian Chua dengan jumlah yang agak besar (untuk artikel lanjut sila KLIK SINI). Persoalannya, kenapa SUARAM beria-ia mahu menaja Tian Chua dan dari mana datangnya sumber sebuah ngo seperti ini yang mampu menaja besar sedangkan beribu-ribu ngo lain dalam negara bergelut dengan masalah kewangan.



Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR), NGO SUARAM mahu menjatuhkan kerajaan.Beliau berkata demikian semasa Sidang Media Parlimen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2012

Tuesday, 8 April 2014

Pesta Bogel Mendapat Tentangan Hebat Dari Pemuda Wilayah!!! @RazlanRafii @KhairyKJ @AzwanBro


Kenyataan penuh Ketua Pemuda Wilayah :-

KONSERT TOPLESS, JALAN AMPANG

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) berterima kasih kepada masyarakat yang peka dengan segala perkembangan tidak sihat yang berlaku di persekitaran Wilayah Persekutua dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pihak kami.

Berkenaan dengan Parti Topless yang akan dianjurkan oleh sebuah kelab di Jalan Ampang, kami mendapati banyak bantahan dilakukan.

Sudah tentu PPUWP juga turut membantah sekeras-kerasnya dan mendesak agar kelab ini dikenakan tindakan sehingga lesen operasi perniagaan mereka ditarik balik.

YB Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) sudah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan apa sahaja kuasa yang termaktub untuk membatalkan konsert tersebut. PPUWP juga menyambut baik, ketegasan YB Menteri mengarahkan DBKL mengemukakan notis tunjuk sebab kepada pemilik kelab terbabit yang secara jelasnya telah melanggar peruntukan Akta Hiburan WPKL 1992 yang mana tindakan membatalkan lesen boleh dikenakan kepada pemilik.

Saya mewakili PPUWP menyambut baik tindakan YB Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak berkompromi dan tidak menunggu lama untuk membuat keputusan dalam sebarang bentuk gejala yang tidak sihat di Kuala Lumpur. Kami percaya, sekiranya terdapat isu tidak seiring dengan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa sampai ke telinga YB Menteri, sudah tentu tindakan akan diambil.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Amaran Briged Kasatria Muda Kepada Penganjur Parti Bogel!!!! @Armand_PJU @KesatriaMuda @KhairyKJ @AzwanBro


Hari ni negara digemparkan dengan penyebaran poster penganjuran Parti Bogel di Jalan Ampang hujung minggu ini. Poster yang menayangkan gambar wanita separuh bogel sebagai tarikan kepada pengunjung. Tidak dapat dipastikan sama ada aktiviti ini mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. 

Ini adalah kenyataan dari Pengerusi Briged Kesatria Muda sdr Armand Adha : 
Info@KesatriaMuda

Saya Mewakili Briged Kesatria Muda Dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mengambil Ketetapan Bagi Membantah Konsert Topless Friday Beach Party Yg Akan Di Buat Club The Pool Jalan Ampang.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Melihat Ini Akan Merosakkan Aqidah Dan Akhlak Anak2 Muda Terutama Yang Beragama Islam. Pihak Pemuda Telah Menyuarakan Bantahan Pada Pihak Yang Berhormat Tungku Menteri Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah Syukur Pihak YB Tungku Menteri Wilayah Persekutuan Telah Mengarahkan Kuasa Yang Ada Untuk Batalkan Konsert Ini..Pemuda UMNO Malaysia "WE WALK THE TALK"

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers