Semakin hampir dengan hari pembuangan undi bagi pemilihan pucuk pimpinan PKR, semakin hangat isu yang timbul dan diperdebatkan. Sudahlah dunia dikejutkan dengan peristiwa yang julung-julung kali berlaku dalam dunia apabila suami isteri bertanding jawatan presiden dalam parti yang sama apa bila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding menentang isterinya yang juga Presiden PKR, Wan Azizah. Kini dikatakan pula pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden PKR ditaja oleh pihak-pihak tertentu.
Seperti yang dinyatakan oleh penulis yuseriyusoff.blogspot.com dalam artikel terbaru beliau KLIK SINI menyatakan bahawa salah seorang calon Timbalan Presiden iaitu Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu ditaja oleh sebuah ngo yang dikenali dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Ini sebahagian daripada tulisan beliau :
Menurut sumber dalaman PKR, perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR lebih panas selepas Tian Chua turut menawarkan diri untuk bertanding kerana Tian Chua dikatakan bakal mendapat bantuan sepenuhnya dari SUARAM.
SUARAM mahu Tian Chua memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR kerana keupayaan yang dimiliki oleh Tian Chua dalam menghasut dan mencetuskan kebencian di kalangan rakyat.
Tian Chua antara peranan penting yang membantu SUARAM dalam memfitnah kerajaan konon terdapat perbicaraan di Mahkamah Perancis berkaitan pembelian Scorpene.
Malah SUARAM dikatakan akan membantu dan membiayai sepenuhnya kempen Tian Chua sepanjang pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April hingga 11 Mei 2014.
Nampaknya selain perlu melepasi halangan yang dibina dari kem Khalid Ibrahim, Azmin Ali terpaksa berhempas pulas merobohkan tembok yang dibina oleh Tian Chua dengan bantuan SUARAM yang dibiayai oleh Open Society Institute (OSI) yang diasaskan oleh Soros.
Sumber : yuseriyusoff.blogspot.com
Pada 28 Ogos 2012, Kua Kia Soong selaku Pengarah Suaram terpaksa mengaku bahawa NGO itu menerima dana dari negara asing seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan sumbangan daripada individu Malaysia. Pada Julai 2012, Suaram dipersoalkan kerana menerima peruntukan tahunan dari 'National Endowment for Democracy' (NED) , Amerika Syarika sebanyak RM1,218,328.65 bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.
Organisasi lain termasuklah International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.
Suaram tidak pernah didaftarkan sebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagai sebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.
Sumber : Wikipedia
Apakah penyokong-pengokong PKR masih buta hati dari melihat permainan kotor dalam kepimpinan PKR. Inikah parti yang sebelum ini memomokkan kepada rakyat bahawa parti mereka adalah parti rakyat yang membawa suara rakyat kononnya. Tetapi hakikat sebenarnya, parti PKR dijadikan sebagai platform kepada Anwar Ibrahim hanya untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PKR yang lain turut menggunakan Anwar Ibrahim dan parti PKR untuk memenuhi kepentingan peribadi dan tembolok sendiri.
Apa lagi yang mau dilihat oleh penyokong PKR jika semua bukti sudah ada dihidangkan didepan mata. Seperti yang sering dilaungkan oleh pemimpin PKR elok rasanya ahli PKR sendiri membuat perubahan pada pemilihan kali ini dengan slogan yang mereka sering laungkan "INI KALILAH". Gunakan kuasa anda sebagai ahli yang boleh mengundi untuk menentukan perubahan pucuk pimpinan parti (kecuali la jawatan Presiden sebab dah laki bini bertanding, confirm salah seorang menang punya).
No comments:
Post a Comment