Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 16 August 2011

Jais Periksa Gereja Pun Angkara Umno Jugak...

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa kes JAIS memeriksa gereja DUMC tempoh hari adalah didalangi oleh UMNO. Ini bersandarkan dakwaan beliau mempunyai maklumat “dalaman” yang boleh dipercayai. Maknanya di sini terdapat pembari maklumat atau informer dalam JAIS itu sendiri yang bertindak menyalurkan maklumat rahsia kepada pembangkang. Hal ini tidak jauh bezanya dengan isu Mismah dan JPN dengan dakwaan Malaysiakini bahawa pendaftaran mengundi Mismah dalam 4 jam dan kes ini menggegar alam siber dalam sebulan yang lalu. Persoalan Kulaan adalah siapa dia “mole” atau “musang berbulu ayam” ini yang bertindak menjadi pengkhianat kepada tempat beliau bertugas iaitu JAIS. Seharusnya jika perkara ini terbukti benar dan terdapatnya “spy” dalam JAIS maka JAIS haruslah bertindak mencari “musuh dalam selimut” dan mengenakan tindakan tatatertib dengan segera kerana setiap kakitangan awam telah menandatangani “Aku Janji” semasa berkhidmat.



Khairul Azlam Mohamad  

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.

Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali. 

Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya.     

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.

“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.

Ini satu lagi cara pembangkang cuba untuk memberikan persepsi yang buruk dan negatif kepada UMNO. Jika berlakunya sesuatu perkara maka UMNO akan menjadi kambing hitamnya. Pembangkang hanya tahu menuding jari menyalahkan orang lain bila mereka sudah kehabisan idea.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers