Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 17 August 2011

Perang Siber : Peranan Blogger Pro Kerajaan Diiktiraf....

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hasil usaha, keringat dan titik peluh sahabat blogger-blogger pro kerajaan yang selama ini membantu kerajaan dalam menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang dan juak-juaknya di alam siber mutahir ini mula disedari walaupun sebahagian besar mereka ini melakukannya dengan niat Lillahita'ala tanpa mengharapkan imbuhan (semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian). Walaupun tanpa bayaran sesen pun daripada sesiapa, namun atas dasar perjuangan blogger-blogger semua teruskan usaha anda. Kulaan teringat kata-kata seseorang semalam ketika pekena teh tarik di kedai mamak "jika kita berjuang kerana wang ringgit yang dikejar, bila gagal mendapatkannya maka kita akan kecewa. Tapi jika kita berjuang atas dasar perjuangan, tanpa wang ringgit dan rasa kecewa kita masih mampu meneruskan perjuangan...".



Harian Metro, Selasa, 16 Ogos 2011

Perang siber

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mengambil tindakan lebih agresif dalam peperangan siber menjadi antara cadangan yang dikemukakan dalam majlis Wacana Politik bertajuk Pembentukan Persepsi Politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun perkara itu sudah dibangkitkan sebelum ini, namun ia diingatkan kembali kerana Umno masih perlu memperbaiki media baru bagi menangani persepsi negatif yang disebarkan di alam maya.

“Kita sedar kebanyakan orang muda sekarang lebih banyak membaca laporan yang disiarkan menerusi Internet, jadi kita perlu memperkuatkan media baru agar lebih agresif dalam peperangan siber,” katanya dalam sidang media selepas majlis itu di sini, semalam.

Kertas kerja wacana itu dibentangkan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar. Ahmad berkata, wacana kali kedua itu bertujuan menambah ilmu dan mencari penyelesaian terhadap isu parti terutama persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap Umno dan kerajaan di sebalik kemajuan serta kebaikan dilaksanakan.

“Dalam wacana ini kita tidak memburukkan sesiapa, tetapi lebih kepada percambahan ilmu, ia akan diteruskan dengan pelbagai tajuk dan menjemput pembentang kertas kerja lain. Kertas kerja ini turut akan dibentangkan ke Majlis Tertinggi Umno untuk diteliti,” katanya.

Sementara itu, Chandra ketika ditanya mengenai tahap kebersihan pilihan raya umum di negara ini berkata, berdasarkan 12 Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, prosesnya diterima pakai di peringkat antarabangsa.

“Cuma wujud kelemahan dari segi persempadanan kawasan, cara parti pemerintah menggunakan prasarana dan peranan media arus perdana yang berpihak.

“Namun jika kita perhatikan, parti pembangkang yang menguasai negeri tertentu turut menggunakan prasarana dalam pilihan raya seperti 2008 dan jika kita mahu media arus perdana berlaku seimbang, media baru juga perlu memainkan peranan sama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers