Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 14 August 2013

Pak Lah Kena Balun Kaw2 Dengan PERKASA Pulak???


PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengecam tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) yang dikatakan telah mengeluarkan dakwaan negatif terhadap pertubuhan tersebut serta mengkritik Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, beliau menyifatkan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia merupakan sebuah buku penafian semata-mata.

Malah, beliau selaku Timbalan Presiden Kelab Chedet turut berdiri untuk mempertahankan Tun Mahathir kerana beliau menyifatkan kritikan Pak Lah terhadap Tun Mahathir jelas tidak benar sama sekali.

Syed Hassan menjelaskan, tindakan Pak Lah yang mengecam Perkasa kerana dikatakan cuba untuk mengambil hak kaum lain demi kepentingan Melayu adalah tidak benar kerana tujuan pertubuhan tersebut hanyalah untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam dimana telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Beliau turut memberi contoh berkenaan pengurangan peruntukan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana daipada 90% peruntukan kepada kaum Melayu akhirnya hanya tinggal 55% sahaja di penghujung zaman kepimpinan Pak Lah.


Bukan itu sahaja, Syed Hassan turut mengingatkan Pak Lah bahawa kegagalan Barisan Nasional dalam mendapatkan majoriti 2/3 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008 bukanlah disebabkan oleh Perkasa kerana pada 2008 Perkasa belum ditubuhkan.

Beliau menyifatkan kepimpinan Pak Lah gagal mengurus ekonomi negara dengan baik hingga menyebabkan kaum Cina menghadapi kesukaran dalam perniagaan.

Selain itu, Syed Hassan turut mempersoal kenyataan Pak Lah yang mengatakan ekonomi negara bakal muflis jika projek-projek Tun Mahathir diteruskan.

"Negara boleh muflis jika teruskan projek-projek Tun M rancangkan? Sebelum zaman Tun M negara kita negara kayakah? Projek-projek mega yang Tun M telah siapkan sudah membuatkan negara muflis kah?

"Saya nak tanya Pak Lah, Tun M habiskan banyak wang negara yang hasilnya dari mana tu sebnarnya? Wang negara dari sebelum Tun M jadi PM kah? Sebelum Tun M jadi PM sudah banyakkah wang negara?," jelas Syed Hassan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan beliau hari ini.

Tambah Syed Hassan, tahun-tahun paling malang kepada rakyat Malaysia adalah semasa pentadbiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri iaitu dari Oktober 2003 hingga April 2009.

"Kononnya menyelamatkan negara dari muflis jika melayani desakan Tun M meneruskan projek-projek yang telah Tun M rancang sebelumnya seperti landasan berkembar kereta api padahal negara rugi besar bila projek tersebut disambung semula oleh Pak Lah setelah beliau memberhentikannya untuk beberapa tahun. Itu fakta yang Pak Lah jangan nafikanya," ujar Syed Hassan.

Berikut merupakan kenyataan akhbar penuh yang dikeluarkan oleh Perkasa:

1. Buku  Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia adalah sebuah buku penafian semata-mata.

2. Semua orang tahu hal tingkat 4 di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) berkuasa. Bolehlah untuk nafikan tetapi semua orang tahu peranan sebenar mereka untuk Perdana Menteri ke 5.

3. Sebagai Setiausaha Agung Perkasa saya perlu perbetulkan dakwaan salah Pak Lah terhadap Perkasa dan sebagai Timbalan Presiden Kelab Chedet saya juga perlu  pertahankan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) kerana kritikan Pak Lah terhadap Tun M jelas tidak benar sama sekali.

4. Pak Lah kecam Perkasa dengan menyataan Pertubuhan kami cuba mengambil hak kaum lain dalam mempejuangkan kepentingan Melayu. Apakah yang Perkasa telah ambil hak bukan Melayu? Pak Lah jelas tidak pernah kesah atau tahu apa yang telah Perkasa lakukan selama ini kerana Pak Lah hanya mendengar dari pihak lain.

5. Apa yang diperjuangkan oleh Perkasa hanyalah pertahankan kepentingan Melayu dan Islam yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara setelah kaum lain cuba merampasnya.

6. Dan antara yang telah terlepas hak kami orang Melayu adalah biasiswa JPA untuk anak-anak kami yang sebelumnya 90% diperuntukan tetapi hilang kepada kaum lain sehingga tinggal 55% sahaja di akhir-akhir zaman Pak Lah menjadi PM. Siapa ambil hak siapa? Biasiswa anak-anak Melayu dan Bumiputera telah dijanjikan dalam Perlembagaan Negara. Itu baru satu contoh dari pelbagai sektor yang hak kami telah diambil oleh kaum lain di zaman Pak Lah. Kami bising, kami bersuara dan kami tunjukan ketidakpuasan hati kami sebab hak kami diambil oleh kaum lain.

7. Pak Lah perlu ingat bahawa Barisan Nasional (BN) gagal mendapat 2/3 pada Pilihan Raya Umum tahun 2008, Perkasa belum wujud lagi dan kaum Cina sudah tolak BN ketika itu tidak ada perasaan tersinggung atau marah kepada Perkasa sebab Perkasa tidak wujud lagi.

8. Kaum Cina sudah tolak BN tahun 2008 adalah kerana kerajaan pimpinan Pak Lah sangat tidak cekap menguruskan ekonomi negara yang membuatkan kaum Cina hadapi kesukaran dalam perniagaan.

9. Kaum Cina tolak BN pada 2008 juga kerana mereka malu mendapat PM ketika itu yang tidak bijak dan jadi bahan jenaka kerana suka tidur dalam mesyuarat dan majlis. Mereka kecewa sebab sebelum Pak Lah, mereka mempunyai PM yang hebat dan dihormati ramai pihak di dalam dan luar negara yang membawa kemajuan negara mengatasi banyak negara-negara jiran dan negara-negara membangun lain.

10.  Kononnya menyelamatkan negara dari muflis jika melayani desakan Tun M meneruskan projek-projek yang telah Tun M rancang sebelumnya seperti landasan berkembar kereta api padahal negara rugi besar bila projek tersebut disambung semula oleh Pak Lah setelah beliau memberhentikannya untuk beberapa tahun. Itu fakta yang Pak Lah jangan nafikanya.

11. Negara boleh muflis jika teruskan projek-projek Tun M rancangkan? Sebelum zaman Tun M negara kita negara kayakah? Projek-projek mega yang Tun M telah siapkan sudah membuatkan negara muflis kah?

12. Saya nak tanya Pak Lah, Tun M habiskan banyak wang negara yang hasilnya dari mana tu sebnarnya? Wang negara dari sebelum Tun M jadi PM kah? Sebelum Tun M jadi PM sudah banyakkah wang negara?

13. Wang Petronas? Berapa banyak wang negara hasil dari Petronas sebelum zaman Tun M memerintah? Berapa banyak negara asing yang Petronas telah bekerja sama cari gali petroleum sebelum Tun M jadi PM? Lebih 30 negara semuanya adakah Pak Lah yang usahakan?

14. Rakyat tahu siapa sebenarnya yang habiskan wang negara. Rakyat tahu siapa yang majukan negara ini. Rakyat tahu siapa yang membuatkan negara ini dihormati negara membangun dan negara asing lain. Rakyat tahu siapa yang menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Rakyat tahu siapa yang membuatkan negara ini dikenali dan yang membuatkan pelancong asing semakin bertambah begitu banyak sekali setiap tahun. Setiap tahun lebih RM50billion wang asing mengalir masuk dari sektor pelancongan pastinya bukan usaha Pak Lah.

15. Rakyat lebih kenal Tun M. Ketika Pak Lah pusing-pusing setakat dalam negara, Tun M mempunyai jadual yang padat memenuhi undangan dari seluruh dunia untuk sampaikan syarahan.

16. Untuk makluman Pak Lah, setiap tahun sejak dari Tun M masih PM lagi, pihak penganjur di Jepun mengundang Tun M untuk memberi syarahan kepada ratusan pelajar yang sedang dan baru menerima Master dan Phd dengan tajuk 'Japan In Future'.

17. Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia adalah hanya sebuah buku penafian.

18. Tahun-tahun paling malang kepada rakyat Malaysia adalah ketika Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia dari Oktober 2003 hingga April 2009

19. Perkasa ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Tun Jean serta keluarga.


Sekian dari Syed Hassan Syed Ali,  Setiausaha Agung Perkasa 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






























3 comments:

  1. Tepat disasaran!

    ReplyDelete
  2. Woi perkasa..hang pi tanya pengerusi perkasa selangor dlu..abdullah mansor tu..dia dapat projek buat kuarters guru di seputih zaman siapa..pastu dia sub kan sapa melayu ke cina..jgn duk smbang pertahan hak melayu...dia tu kaki betina klu hang nak taw..puasa jauh sekali...pastu nak pertahan Kalimah Allah bagai...

    ReplyDelete
  3. Zaman aku le...Pak lah tukar...dari Biasiswa jadi pinjaman JPA...cibai betul...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers