Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 2 January 2012

Betul Ka ANUar Akan Sumpah Laknat Pada 8-01????...


Kempen Bebas Anwar 901 yang dirancang oleh sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat tidak lebih daripada usaha memperjuangkan kepentingan peribadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dijadual berlangsung 9 Januari ini pada hari penghakiman kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu, dilihat sebagai satu helah PKR bagi mempengaruhi masyarakat kononnya kesemuanya hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang merupakan ketua umum parti itu. 

Sunday, 1 January 2012

2012 Tahun Melawat Perak...


Tahun 2012 merupakan tahun yang menarik perhatian Kulaan yang merupakan anak kelahiran Perak. Tahun 2012 diiktiraf sebagai "Tahun Melawat Perak 2012" bermula hari ini. Promosi pelancongan ini dirasmikankan oleh MB Perak, Datuk Seri Zambry Kadir sambil diiringi oleh Exco Pelancongan, Datuk Hamidah Osman malam tadi ketika sambutan ambang tahun baru 2012 di Ipoh, Perak.

Kulaan berasa amat bangga kerana tahun ini berduyun-duyun pelancong dan rakyat Malaysia akan datang melawat tempat-tempat menarik dalam negeri Perak. Kulaan akan bawakan secara selang-seli atau selit-menyelit dalam blog Kulaan cerita-cerita menarik dan tempat-tempat yang boleh pembaca blog Kulaan ziarahi dan melawat dalam negeri Perak.

Adam Adli & Safwan Anang Mengamuk Di Malam Tahun Baru 2012...


Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.

Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.


Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.

Nota Hujung Tahun 2011 : Paradoks DAP-Pas-PKR...


Sepanjang tahun 2011 Pakatan Rakyat memaparkan pelbagai karenah, ragam dan dakyah yang jelas dan rencam untuk memenangi hati pengundi Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 bagi merampas takhta kekuasaan negara di Putrajaya.

Paling menonjol adalah kesongsangan tabiat, perilaku dan tutur kata individu utama dalam PKR. Untuk mengatasi suasana karam yang tenat, seluruh ranting dan dahan pun cuba dipaut dan diragutnya menerusi apa jua tindakan yang selaras dengan dictum matlamat menghalalkan cara.

Keduanya adalah penukaran matlamat PAS daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan. Tindakan ini memanifestasikan sikapnya yang kini kow-tau kepada DAP. Sekali lagi, inilah bentuknya tindakan matlamat menghalalkan cara.

Akhir sekali – tapi tidak kurang hebatnya — adalah pemaparan pelbagai tembelang DAP yang selama ini mendabik dada kononnya dialah parti yang sempurna, demokratik, bersih, bebas daripada rasuah, membenci kronisme dan mengutuk neopotisme.

Lensa Niring 2 : Karnival Sayangi Selangor



TPM, Muhyiddin Yassin sedang memberi ucapan sebelum sambutan ambang 2011 kepada pengunjung dan orang ramai yang hadir untuk menunggu jam 12 malam.

Muhyiddin memberi amanat dan penerangan kepada rakyat Selangor terutamanya mengenai angin-angin PRU 13 semakin hampir. Bagaimana negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih banyak menipu rakyat.

Banyak janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat sejak PRU 12 masih belum ditunaikan oleh mereka. Rakyat terutama mereka yang tinggal di Selangor sudah 'muak' dengan janji manis Pakatan Rakyat.

TPM mengajak seluruh rakyat Selangor agar berganding bahu memberi sokongan kepada Barisan Nasional semasa PRU 13 nanti dengan menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers