Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 22 April 2013

Pelik Tapi Benar!!! Kreatifnya ‘Banner’ Perkahwinan Inspirasi PRU13...


Nampaknya ada pihak yang sebegitu kreatif serta bijak mengambil peluang di sebalik bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang bakal diadakan pada 5 Mei depan.

Pasangan pengantin baru ini nampaknya tertarik dengan kain rentang yang kreatif ini lantas diaplikasikan pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada 13 dan 15 April yang lalu.

Kain rentang yang diberi nama Manifesto Cinta itu nyata menarik tumpuan hadirin yang hadir pada majlis bahagia kedua pengantin baru itu.

Kreatif-kreatif sungguh orang Malaysia ni kan..

Selepas ini apa lagi ciptaan berasaskan bahang PRU13 ini pula ya?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Pakatan Sudah Sokong BN Di Muar #P146??? @razaliibrahim @P146Muar


Pagi ni bertempat di Hentian Teksi Bandar Maharani Muar berlangsungnya satu pertemuan antara calon BN Muar, Datuk Razali bersama Pakatan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandar Muar.

Pertemuan empat mata selama sejam membuah banyak manfaat bila mana ahli "Pakatan" pemandu teksi berpeluang beramah mesra dan berkongsi masalah secara "direct" dengan Datuk Razali. Aduan yang disampaikan kepada Datuk Razali ada sebahagian daripadanya telah diselesaikan oleh Datuk Razali dan yang lain akan diselesaikan secara berperingkat.

Sebahagian ahli mendakwa ada sebahagian daripada ahli telah cuba dihasut oleh pembangkang dengan hasutan kebencian terhadap kerajaan BN termasuk memfitnah Ahli Parlimen Muar. Namun, kesemua ahli "Pakatan" menolak hasutan tersebut bahkan memberi sokongan yang jitu terhadap BN dan Datuk Razali.

Ada antara janji pihak sana kononnya jika berjaya menawan Parlimen Muar mahu bagi teksi bari sorang satu. Gila!!! Tak masuk dek akal. Macam-macam janji manis cuba ditaburkan kepada ahli "Pakatan" ini. Syukur semua ahli "Pakatan" tidak mempercayainya.

Lihat saja la apa yang dah jadi kepada Parlimen Bakri bila PKR memerintah. Pusat maksiat sepertu rumah urut dan pusat judi berkomputer tumbuh bercambah macam cendawan tumbuh. Keadaan ini masih lagi terkawal di Parlimen Muar di bawah pimpinan BN.


Panas!!! Betul Ke Perbadanan Putrajaya Benarkan Pas Pacak Bilik Gerakan Suka Hati???? @TanSriAseh @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Siri 1 :

Mesti korang terkejut tengok tajuk KN hari ni. KN pun terkejut bila baca tajuk nie. Biar betul Perbadanan Putrajaya (PPJ) bagi kebenaran kepada calon dan penyokong Pas untuk pacak bilik gerakan sesuka hati.

Tapi itulah kebenarannya dan masih menjadi tanda-tanya. KN akan cuba risik hingga dapat ada atau tidak dokumen atau surat permohonan daripada Pas untuk mendirikan bilik gerakan di lokasi yang bukan sepatutnya. Kalau ada kelulusan, kenapa Pas diberi keistimewaan pacak bilik gerakan sesuka hati.


KN bukannya nak mempertikaikan jika PPJ memberi kebenaran kepada Pas untuk mendirikan bilik gerakan atau pondok panas. Tapi yang menjadi kemusykilan KN ada "LOKASI". Cuba korang tengok kat mana lokasi bilik gerakan Pas yang pacak sesuka hati mak bapak dia.

Sunday, 21 April 2013

Panas!!! Pengundi Cina PKR Pakat Sokong Calon BN Sebab Tiada Wakil Cina PKR Di Muar #P146 @razaliibrahim @tunfaisal @P146muar



Desas-desus di akar umbi penyokong pembangkang terutama dari parti PKR mula kedengaran dan semakin lama semakin kuat bila wakil PKR yang layak untuk menjadi calon Pakatan bagi Parlimen Muar adalah daripada wakil melayu bukan daripada wakil kaum cina.

Menurut cakap-cakap daripada penyokong PKR berbangsa cina yang rasa tidak puas hati bila PKR mencalonkan calon melayu bagi mewakili PKR menentang calon BN bagi Parlimen Muar. Sepatutnya calon yang layak menjadi calon bagi Parlimen Muar adalah wakil cina.

Kebanyakkan penyokong pembangkang kaum cina daripada DAP dan PKR mahukan serta mengimpikan seorang wakil rakyat daripada kaum cina menjadi wakil rakyat diperingkat Parlimen. Menurut khabar angin lagi, ini adalah berdasarkan kepada latarbelakang calon melayu PKR itu yang bukan orang Muar serta dikatakan pernah berkahwin dua. Tidak dapat dipastikan sama ada beristeri dua atau kawin cerai kawin. Maklumat ini akan disahkan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Senario ini amat berbeza dengan penyokong kaum cina dari parti MCA dan Gerakan yang dahulunya ter"jerait" sama dengan tsunami politik 2008. Penyokong MCA dan Gerakan kini sudah bersatu hati dan memberikan akujanji bahawa akan tetap menyokong calon pilihan BN walaupun ketiga-tiga calon adalah dari kaum Melayu.

Datuk Razali Ibrahim yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Muar. P146 juga semakin diterima ramai terutama daripada kaum cina disamping kaum India. Ramai masyarakat akar umbi golongan rakyat dirisik-risik mengenai prestasi calon parlimen ini. Majoriti mengatakan mereka selesa dengan apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Datuk Razali terhadap Parlimen Muar walaupun beliau bukanlah "Superman" yang sempurna segala-galanya. Beliau juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sama seperti kita.

Namun begitu, masih ada sekitar 13 hari lagi sebelum hari pembuangan undi pada 5 Mei nanti. Kepada pengundi Muar, janganlah mudah terpedaya dengan janji manis pembangkang yang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Kehadiran TPM Ke Kg Nelayan Mengembirakan Penduduk Muar #P146... @razaliibrahim @tunfaisal @P146muar



















Pagi tadi bertempat Kampung Sri Pantai, Jalan Junid, Muar penuh dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat yang hadir untuk memberi sokongan dengan kehadiran TPM bertemu rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers