Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 1 July 2013

Apa Perbadanan Putrajaya Buat Biar Saja Kiosk Perniagaan Tersadai???@NajibRazak @TanSriAseh @TengkuAdnanReal



Cuba korang tengok dua keping gambar tu. Gambar tu diambil di Medan Selera (FoodCourt) Presint 16, Putrajaya. Masa dan ketika gambar ini diambil bukan ketika cuti atau sebelah malam. Gambar ini diambil ketika tengahari buta.

Apa yang dapat kita lihat ialah deretan kiosk perniagaan yang terbiar tutup tanpa ada peniaga. Kiosk ini di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya yang bertanggungjawab menyewakannya kepada peniaga.

Persoalannya kenapa kiosk ini kosong tidak berpeniaga? Adakah kerana lokasinya? Atau kerana sewanya yang tinggi dan mahal tidak mampu peniaga untuk menampung sewa bulanan?

Untuk artikel 1st round ni itu persoalan yang ditujukan kepada Perbadanan Putrajaya terutama kepada Presidennya, Tan Sri Aseh.

p/s : jawapannya adalah masalah sewa yang tinggi dan mengarut serta kontrak sewaan yang tidak masuk akal. Gua ada pengalaman ngeri berurusan dengan Perbadanan Putrajaya sewaktu adik gua nak sewa premis dalam Putrajaya tapi bukan di FoodCourt Presint 16 la.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers