Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 29 July 2011

Servis Astro Yang Sangat Mengecewakan!!!!!!


Penyokong pasukan Malaysia yang menonton perlawanan Malaysia vs Singapura skrin besar di Presint 9 Putrajaya kecewa dengan servis Astro apabila siaran secara langsung seringkali terputus-putus walaupun cuaca baru mahu hujan, belum pun hujan siaran dah terputus-putus. Kalau hujan menyusul sudah pasti siaran Astro terus tiada. Inikah yang dikatakan perkhidmatan yang efiksyen sejajar dengan bayaran yang dikeluarkan oleh pelanggan kepada Astro yang diberi hak siaran berbayar secara monopoli.

Kulaan berharap agar pihak kerajaan terutama Kementerian Penerangan, Komunikasi  dan Kebudayaan yang diterajui oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim agar mengambil serius berkenaan hal ini. Ini adalah rungutan akar umbi, rungutan rakyat biasa, rungutan masyarakat marhain.
Monopoli Astro sudah terlalu lama dan ini menyebabkan Astro semakin "naik kepala" dengan baru-baru ini mengumumkan pelarasan harga bagi perkhidmatan yang tak seberapa atas alasan untuk menyerap kos perbelanjaan yang semakin meningkat.

Satu lagi yang menjadi kemusykilan Kulaan ialah kenapa siaran berbayar ini dibenarkan menyiarkan iklan semasa tayangannya sedangkan bayaran telah dikutip kepada pelanggan sebagai pendapatan. Apa rasional iklan yang tiada kena mengena dengan Astro dan sudah tentu ia akan menjana pendapatan kepada Astro.

Astro untung sebelum cukai RM430.82 juta

2010/03/31
ASTRO All Asia Networks Plc (Astro) mencatat keuntungan sebelum cukai RM430.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010, berbanding kerugian RM372.37 juta tahun sebelumnya.

Pencapaian itu bersandarkan pendapatan yang meningkat 9.66 peratus kepada RM3.26 bilion, daripada RM2.97 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009.
Berita selanjutnya Klik Sini

Banyak tu bukan kecik-kecik anak untung yang dijana daripada bayaran yang dibuat pelanggan. Tambah pulak dengan pendapatan daripada iklan yang menyibuk masa siaran. Jika siaran tanpa berbayar (percuma) seperti TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9 ada iklan, Kulaan faham kerana itulah pendapatan bagi stesen TV tersebut. Tapi rasionalnya iklan bagi Astro. Tidakkah cukup lagi dengan keuntungan yang dibayar oleh pelanggan.

Kulaan : tuhok angahnya cariin duit...

1 comment:

  1. aku setuju sangat kalau monopoli ini dapat dipecahkan, bukannya berkualiti pun sistem yang digunapakai tu, astro aku bayar setiap bulan tak miss, tapi ari ni dah masuk 3 minggu takleh tengok, bila buat panggilan phone mesin tolong jawab, sampai habis jgak kredit aku nak bercakap dengan manusia, bila buat komplen kena bayar lagi rm 50 ntah apa2, dah tu cek punya cek, nak kena tukar lagi 'head' ke hape ke receiver tu, konon dah kena rosak kena kilat, mak oihhhh, banyak sungguh rewelnya! aku habag kat laki aku suruh tutup terus akaun astro tu, buat bodoh aku membayar jer, baik aku kumpul duit belanja anak aku gi theme park di genting tu, lagi meriah! sebulan rm 60 lebih setahun lepas jgak tiket sekeluarga... air asialah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers