Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 11 August 2011

Siapa Staf JPN Bocor Rahsia Mismah?

Sehingga ke hari ini walaupun isu Mismah ini semakin hari semakin sejuk, tambahan pula bila Malaysiakini telah melakukan kesilapan yang akhirnya memalukan Malaysiakini sendiri. Sudah tentu pembangkang malas lagi mahu main isu Mismah ini kerana tidak ada kredit kepada mereka. Namun, persoalan yang Kulaan masih mahu bangkitkan :
Gambar ilustrasi sahaja
 1. Siapa sebenarnya kakitangan JPN yang membocorkan maklumat kepada Malaysiakini?
Gambar ilustrasi sahaja
2. Berapakah bayaran yang dibayar Malaysiakini kepada individu yang membekalkan maklumat tersebut?

Ketua Pengarah
Pendaftaran Negara
Dua persoalan ini masih belum dirungkai dan dijawab oleh pihak JPN terutama Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia, Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said berhubung dengan kebocoran maklumat berkaitan isu Mismah. Kenapa masih belum ada sebarang siasatan dalaman dijalankan bagi menjejaki individu terlibat. Jika JPN masih lagi mengambil ringan mengenai "Musang Berbulu Ayam" ini, tidak mustahil isu lain yang hampir sama akan berbangkit semula kerana mereka dengan sewenang-wenangnya menyalur keluar maklumat rahsia JPN kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

Satu lain persoalan yang sedang bermain dalam fikiran Kulaan ialah sehingga ke hari ini satu gambar si Mismah ni Kulaan belum tengok di mana-mana blog sama ada blog pro pembangkang atau pro kerajaan. Identitinya masih lagi menjadi misteri setaraf misteri Bigfoot.


2 comments:

  1. "Bocor Maklumat Rahsia"???? apa yang rahsianya tu.. maklumat tu sapa pun boleh dapat dalam carian rambang dalam website JPN... cuma hari tu terkena nombor IC Mismah je... dan saya pasti ramai lagi Indon yang macam Mismah ni...

    So betullah Mismah ni dapat kerakyatan ikut jalan belakang??? sebab tu maklumat ni sepatutnya rahsia dan tak patut keluar dalam carian website JPN>>>??? Nampak siapa jadi pengkhianat negara dlam kes ni... bagi status permenant resident kat Mismah selepas 8 bulan datang malaysia...

    BTW.. bukan malaysiakini yang memula dedahkan maklumat ni.. tapi malaysiakini hanya lapor apa yang telah dijumpai oleh Pemuda PAS dari carian rambang mereka di website JPN dan SPR... hahah nampak sangat hangpa ni tak baca habis dalam kes Mismah ni... buat malu blogger UMNO je....

    ReplyDelete
  2. dah buta hati...biase la..umno je btol...bg contoh pon dok bela lg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers