Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 4 November 2011

Blogger Pembangkang Milosuam Tersilap Memfitnah PM Najib...


Saya hanya mampu tersenyum bila melihat kebodohan blogger ikon pembangkang saudara MiloSuam (milosohai)  dalam posting beliau yang mempersoalkan bahawa PM dan isteri tidak mampu membuang tabiat gaya hidup mewah walaupun ketika mengerjakan ibadah haji.

Dalam entiri tersebut penulis ikon pembangkang ini cuba menimbulkan persepsi buruk ke atas PM dan isteri ekoran kawalan keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
...."Apa pun, gaya hidup mewah Rosmah dan Najib tetap tidak dapat dihakis meskipun mereka kini dipercayai sedang menunaikan ibadah haji. Lebih 10 orang pengawal VVIP turut serta untuk menjaga keselamatan Najib dan Rosmah semasa bertawaf...."
..."Pengawal-pengawal VVIP "bodyguard" Najib dan Rosmah ini dilihat terdiri daripada pihak berkuasa Arab Saudi yang lengkap dengan uniform tentera dan polis serta dipercayai lengkap bersenjata. Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki kereta malah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa..."
Memang benar Najib Tun Razak dan isteri tidak mengikuti laluan sebagaimana orang biasa yang lain, malah kawalan keselamatan yang ketat juga diberikan oleh kerajaan Arab Saudi memandangkan Najib Tun Razak adalah seorang Perdana Menteri Malaysia.

Ini adalah tindakan normal yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mana-mana pemimpin negara, malah jika ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan beliau ingin mengerjakan haji kawalan yang sama turut diberikan.

Untuk tatapan MiloSuam mari sini saya tunjukkan bahawa pemimpin negara lain turut diberikan kawalan keselamatan yang sama.



Di atas adalah Presiden Iran Ahmadinejad mengerjakan ibadah haji yang turut dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Malah menyediakan kawalan keselamatan kepada mana-mana pemimpin negara sudah dilakukan sekian lama oleh kerajaan Arab Saudi.



Video di atas pula adalah pemimpin Iraq yang sudah meninggalkan kita iaitu Saddam Hussein ketika beliau mengerjakan ibadah haji.

Nampaknya nasihat TG Nik Aziz kepada penulis blog supaya tidak memfitnah orang lain melalui penulisan langsung tidak dihiraukan oleh blogger ikon pembangkang ini.

Nak tanya saudara pembaca - lingkungan umur berapa sebenarnya yang membaca dan mengikuti penulisan saudara MiloSuam a.k.a ReJaM ini?

Selebihnya saudara pembaca boleh menilai sendiri sejauh mana tahap pemikiran yang dimiliki oleh blogger pembangkang. Pendirian mereka hanya satu 'spin' selagi boleh, maka tidak mustahillah dalam video seks sebelum ini kotak tisu dijadikan bukti kukuh untuk menolak bahawa si perilaku dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Hahaha...

Sumber : Double Y

Kulaan : sekali lagi blogger tersohor pembangkang Milosuam terkantoi... memfitnah orang tanpa bukti yang betul dan tepat... tapi itulah perangai buruk sebenar pembangkang yang sentiasa memfitnah sekalipun tanpa bukti yang benar... tapi jika ada bukti depan mata, ada video yang jelas, tidak ada yang tidak jelas melainkan jelas-jelas belaka... tetap tidak mahu mempercayainya... mengong...

4 comments:

  1. TQ Kulaan tulung panjangkan artikel YY... Hidup Kulaan!!!

    ReplyDelete
  2. OBALTIN KOSONG NI MASIH HINGUIH MELELIH KOT.. AKU PERGI HAJI AGAK DAH LAMA DAH...BERAPA KALI JAGAN TANYA SEBAB TAKUT JADI RIAK PULAK.

    DARI DULU LAGI AKU TENGOK SEMUA KETUA2 KERAJAAN ( TAK KIRA BANGSA APA PUN )DIBERI PEGHORMATAN DAN PERLINDUNGAN ALA TENTERA OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI. KALAU TIN KOSONG TAK TAU NIE AKU NAK BAGITAU ( KUT2 LA HANG BODOH SANGAT )KERAJAAN SAUDI SEKARANG INI ADALAH KERAJAAN TENTERA ( MILITARY GOVT.)YANG DIPIMPIN OLEH SAORANG RAJA. RAJA SAUDI TELAH DIBERI AMANAH OLEH ORANG2 ISLAM SEDUNIA UNTUK MENJAGA BAITULLAH ( KAABAH ) SERTA JUGA MENJAGA KESELAMATAN ORANG2 ISLAM YANG MENGUNJUNGINYA....BODOH.

    YANG AKU NAK BERITAHU OBALTIN KOSONG NI, BAKAS PM ( TUN ) JUGA TELAH DIBERI PERLINDUNGAN YANG SAMA DAN TELAH DIBERI PENGHORMATAN UNTUK MASUK KEDALAM KAABAH. KALAU ANU TU ( PEMIMPIN YANG OBALTIN KOSONG DOK AMPU ) NAK DAPAT PENGIKTIRAPAN SAPERTI KETUA-KETUA KERAJAAN, PASTIKAN MENANG PRU13 DULU, LEPAS TU BARU CAKAP.. APA BODOH SANGAT NIEE...

    ReplyDelete
  3. Nak buat fitnah tak kena tempat. Tu laa asyik taksub dengan pembangkang saja...

    ReplyDelete
  4. tak sah lah..allah lihat kita semua sama rata...tak ada pemimpin..smua manusia biasa..jadi fikir2kan la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers