Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 13 January 2012

Isu Zakat Jamil Khir, Pembangkang Pas Faham Tapi Putar-Belit Fakta????...


Dalam Laporan Audit Ketua Negara 2010 melaporkan Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran laporan dari Ketua Audit Negara - AJK PAS Pusat Idris Ahmad mendesak Jamil Khir memberikan penjelasan dirinya berada di dalam asnaf yang mana membolehkan wang zakat digunakan untuk membiayai kos saman Qazaf Anwar Ibrahim.
"Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Mualafkah?"
Selepas itu Nik Nazmi pula mengambil alih tugas Idris Ahmad menyerang Jamil Khir dan semalam Nik Nazmi menunjukkan dua dokumen iaitu satu baucer bayaran yang kedua adalah Laporan Audit Ketua Negara dan beliau dilaporkan akan membuat laporan hari ini sekitar jam 11.00 pagi.

Sebenarnya kos guaman tersebut tidak dibayarkan menggunakan wang zakat daripada hasil yang dikutip, sebaliknya wang yang digunakan adalah wang peruntukkan dari kerajaan yang mana disalurkan sejak tahun 1993.

Pada tahun 2010 pula geran kerajaan untuk MAIWP adalah sebanyak RM19 juta yang mana sebanyak RM700,000 diperuntukkan untuk perundangan.


Tetapi JIKA wang zakat yang digunakan sekalipun, persoalannya adakah ianya HALAL atau HARAM?

Untuk menjawab soalan ini sudah tentulah kita perlu merujuk kepada pakar agama yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa iaitu mereka dari kalangan mufti.

Jawapan yang diberikan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu penggunaan wang zakat adalah ianya TIDAK MENYALAHI HUKUM SYARAK.

Kerana pada mesyuarat MAIWP yang diadakan pada 03 September 2009 telah meluluskan perbelanjaan untuk perundangan di bawah ASNAF FISABILILLAH.


Akhir sekali, saya alu-alukan tindakan yang ingin dilakukan oleh Nik Nazmi hari ini iaitu untuk membuat laporan polis. Kerana DS Jamil Khir sendiri pun mengatakan dirinya sedia disiasat kerana beliau yakin Allah bersama mereka yang benar.
Sumber : Double Y

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers