Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 25 January 2012

Pasukan Khas Untuk Kenal Pasti Miskin Tegar Di Perak Ditubuhkan @ZambryAbdKadir...


Kerajaan negeri mewujudkan satu pasukan khas untuk mengenal pasti keluarga atau individu miskin bagi memudahkan pemantauan dibuat oleh agensi berkaitan dalam menangani masalah miskin tegar di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata beliau sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk mewujudkan pasukan berkenaan yang berfungsi untuk menyenarai dan memantau golongan sasar itu.

"Menerusi pasukan berkenaan, ia memudahkan kita untuk mengetahui mereka yang layak mendapat bantuan"


"Pada masa sama, kita mahu membantu mereka tidak bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan budaya," katanya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan turut menyumbangkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bernilai MR36,000 sebuah kepada dua keluarga miskin di Buntong dan Kampung Baru Ampang.

"Selain memberi keselesaan kepada penghuninya, ia sebagai keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan miskin di negeri ini terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun ini," katanya.



2 comments:

  1. aii.....baru nak cari sbb dah nak Pru13? 3 tahun sebelum ni buat apa????Phuuuuuiiiiiii.

    ReplyDelete
  2. sekurang-kurangnya buat kerja... bukan dok berpolitik 24 jam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers