Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 13 March 2012

MB Perak @ZambryAbdKadir Membantu Mangsa Kemalangan Maut Di Jalan Kuala Gula... @Azwanbro @promelayu




Kejadian itu dipercayai berlaku jam 6 petang ketika hujan lebat turun di kawasan berkenaan yang membabitkan pertembungan antara kereta Land Rover dan Toyota Harier yang dinaiki pasangan suami-isteri yang berbangsa Melayu.


Menurut saksi kejadian, Azlan Che Lob, Zambry antara orang pertama yang tiba di tempat kejadian dan cuba mententeramkan mangsa kemalangan yang terselamat dalam kemalangan itu.

Katanya, pasangan suami isteri itu baru pulang dari memancing ikan di Kuala Gula sebelum kejadian itu.

Sebaik tiba di tempat kejadian, Menteri Besar katanya, tanpa rasa takut menghampiri kereta yang remuk lalu mengajar si suami yang tersepit dalam kereta Toyota mengucap dua kalimah syahadah.

“Ketika itu, isteri mangsa sudah meninggal dunia dan apa lebih menyayat hati ialah ikan sepat yang dipancing masih berada dalam kereta Toyota Harier,” katanya.

Jelasnya, si suami yang dikenali sebagai Saadon sempat menatap wajah isteri yang sudah meninggal dunia sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


Sumber - PerakToday & APC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers