Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 23 April 2012

Ipoh Bakal Berubah... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu


Bandar raya Ipoh yang dulunya kerap mendapat jolokan ‘bandar mati’ atau ‘bandar orang pencen’ mula berubah wajah apabila permohonan perancangan pembangunan komersial mula meningkat kebelakangan ini.

Perancangan bagi membina bangunan komersial dan perumahan bertambah sekali gus meningkatkan aktiviti ekonomi bandar raya ini yang dilihat mula memasuki era baru.


Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihaknya menerima 1,486 permohonan kebenaran merancang tanah bagi 2011 lalu berbanding 1,066 pada 2010.

Menurutnya, peningkatan mendadak mencecah 40 peratus itu dianggap membanggakan dan ia diluluskan Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 12 Disember 2011.


“Oleh itu tahun 2012 menjadi tahun yang lebih mencabar dari segi perancangan bandar apatah lagi dengan sambutan Tahun Melawat Perak (TMP) 2012."



“Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang diluluskan selaras dengan konsep Pembangunan Bestari atau Smart Growth yang diperkenalkan kerajaan Perak,” katanya pada taklimat perancangan Bandaraya Ipoh, baru-baru ini.

Beliau berkata, dasar Rancangan Tempatan Ipoh 2020 dilihat sebagai keseimbangan antara penggalakkan pembangunan dan keselesaan warga kota ini.

Katanya, laporan projek pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada Februari 2012 menunjukkan sembilan peratus iaitu RM1,783,747.20 dibelanjakan daripada jumlah peruntukan RM19,293,111.20 untuk projek pembangunan.

Beliau sebelum ini berkata, pihaknya mengenal pasti 14 kawasan termasuk Sunway City, Klebang, Medan Ipoh, Jelapang, Manjoi dan Tanjong Rambutan dizonkan semula supaya lebih banyak bangunan tinggi dapat dibina.

“Sebenarnya banyak pemaju yang berminat membangunkan projek bangunan tinggi di kawasan itu, tetapi tertangguh akibat ketetapan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang tidak membenarkan pembinaan bangunan tinggi."

“Sesetengah kawasan itu terletak di luar kawasan yang menjejaskan dan mengganggu laluan udara, jadi ia sebenarnya tidak ada masalah. Pelan pembangunan ini penting dalam keadaan Ipoh kini dilihat agak ketinggalan,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir baru-baru ini meminta DCA menimbang semula peraturan melarang pembinaan bangunan pencakar langit di sekitar bandar raya ini kerana ia dilihat menghalang proses pembangunan di ibu negeri ini.

Beliau berkata, peraturan yang dikuatkuasakan sejak 1950-an itu menghalang usaha kerajaan negeri memodenkan bandar raya ini dan hakikat itu diakui banyak pihak termasuk pemaju hartanah serta komuniti perniagaan.

“Kami sentiasa menggalakkan mana-mana pemaju yang berminat membantu memajukan bandar raya ini. Ini kerana kami mahu menjelang 2014, Ipoh jadi berbeza daripada apa yang kita lihat sekarang,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers