Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 26 June 2012

Aaron Aziz Dapat PR : "Tiada Sebarang Keistimewaan Untuk Aaron" Kata Menteri KDN.....


Di sebalik polemik yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, rupanya ada berita baik yang sampai ke telinga gua.

Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.

Populariti sudah berada kemas dalam genggaman diri pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz. Namun sosok kacak berusia 36 tahun itu mengakui ada lagi satu impiannya yang belum tercapai, malah dia melabelkan impiannya yang satu itu sebagai suatu deklarasi andai ia sukses dicapai.

"Meraih status penduduk tetap di Malaysia merupakan deklarasi yang paling berharga buat saya berbanding sebarang pengiktirafan," akui Aaron kepada Kosmo! ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 di Genting Highlands, Pahang.

Berikut adalah kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin mengenai polimek status permohonan PR Aaron Aziz :


Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang diperolehi pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz dan keluarga.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, semua pihak perlu mematuhi semua prosedur yang sudah ditetapkan kerajaan.

Semalam, media tempatan melaporkan kenyataan pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz yang mengakui sudah menerima status Penduduk Tetap sejak awal Jun lalu.

Ia turut mencetuskan pelbagai reaksi negatif mendakwa pelakon itu mendapat keistimewaan PRnya diluluskan kerana statusnya sebagai selebriti.

“Dari segi Aaron Aziz ke siapa ke, dia kena ikut prosedur seperti biasa. Yang penting siapa yang kita berikan kelulusan. Keluarga saya sekalipun ikut prosedur, PR bukan merupakan kewarganegaraan. Siapa yang nak menyokong agenda kita jangan lari dari nawaitu dan matlamat untuk tujuan kebaikan. Saya kata orang nak cari pasal dalam landskap hari ini semua kita buat tak kena.” ulas Datuk Seri Hishamuddin.

Beliau sebelum itu hadir di Program Pemantapan Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Datuk Seri Hishamuddin berkata beliau gembira kerana golongan selebriti juga mahu sama-sama menjayakan pelbagai program untuk negara dengan memanfaatkan jumlah peminat yang besar.

“Aaron Aziz, Aznil Nawawi, Norman Abdul Halim, Dato’ Siti Nurhaliza mereka ada penyokong tersendiri. Mereka telah mendekati kita bukan untuk apa, tetapi untuk menjayakan agenda lebih besar dan itu merupakan tanggungjawab dan amanah mereka sebagai selebriti yang mempunyai peminat yang ramai. Saya percaya bahawa nawaitu mereka ialah agenda lebih besar, segelintir ni apa kita buat pun tak kena, tapi majoriti melihat isu seperti ini begitu peribadi dan negatif, akhirnya tak akan ke mana. Pandangan majoriti lebih penting untuk tentukan landskap masa depan negara.”

Aaron Aziz dan Aznil Haji Nawawi antara selebriti yang bakal menjayakan satu inisiatif pembelaan kanak-kanak jalanan, terbiar, tiada sijil kelahiran dan diperalatkan sindiket antarabangsa melalui Kementerian Dalam Negeri.

1 comment:

  1. Kita ni takut sangat warga asing amik hak kita. Bukan senang nak jadi Penduduk Tetap Malaysia http://www.kakispy.com/2016/01/26/penduduk-tetap-malaysia-tiada-lagi-kemudahan/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers