Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 10 August 2012

[Hari Ini Dalam Sejarah] : Pemisahan Singapura Dari Malaysia...


Pada hari ini 9.8.1965, Singapura telah dipisahkan dari Persekutuan Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16hb. September, 1963 telah membebaskan Singapura daripada belenggu penjajahan Inggeris dan menjadikan Singapura sebuah negara yang merdeka serta berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

Dalam satu persetujuan yang dicapai di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura sebelumnya pemisahan ini diisytiharkan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj selaku Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju dan mengisytiharkan bahawa negara Singapura terus wujud dan merdeka terasing daripada Persekutuan Malaysia.

Tindakan pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah satu-satunya jalan keluar yang paling baik demi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik di antara Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Parti Perikatan dengan Parti Tindakan Rakyat yang berkuasa di Singapura.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyatakan antara lain sebab-sebab perpisahan itu ialah sikap setengah pemimpin-pemimpin politik Singapura yang memperjuangkan konsep "Malaysian Malaysia" menafikan kewujudan institusi kesultanan Melayu, menentang hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputra dan tidak adanya persefahaman pendapat dalam meningkat dan memajukan dasar-dasar perdagangan dan pembahagian cukai serta perindustrian.

Bagaimanapun pemisahan Singapura dari Malaysia ini dibuat dengan persefahaman bahawa Malaysia dan Singapura akan terus bekerjasama dalam bidang-bidang pertahanan perniagaan dan perdagangan.

Satu persetujuan mengenai bidang-bidang ini telah ditandatangani oleh kerajaan Pusat Malaysia dengan kerajaan Singapura.YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj mengetuai perwakilan Malaysia,dalam perundingan perjanjian ini bersama-bersama denganTun Abdul Razak, Dato Dr. Ismail, Tan Siew Sin dan Dato V.T. Sambanthan. Encik Lee Kuan Yew mengetuai perwakilan kerajaannya bersama-sama dengan ahli-ahli kabinetnya, antaranya Dr. Toh Chin Chye, Dr. Goh Keng Swee, Encik S. Rajaratnam dan Encik Othman Wok.


Berikutan dari pemisahan Singapura daripada Malaysia ini secara otomatis seseorang rakyat Singapura tidak lagi menjadi warganegara Malaysia. Dan dengan itu 2 orang Senator serta 15 orang ahli Parlimen dari Singapura tidak lagi menjadi ahli Parlimen Malaysia, segala harta benda dan hak-hak serta tanggungan yang sebelum Hari Malaysia dulu menjadi tanggungjawab kerajaan Singapura dan diserahkan kepada kerajaan Malaysia, mulai hari ini terpulang semula kepada kerajaan Singapura.

Semua orang, termasuk anggota-anggota angkatan bersenjata, pasukan polis, mahkamah dan lain-lain yang mana selepas Hari Malaysia dulu menjadi kakitangan Kerajaan Malaysia, mulai hari ini mereka kembali menjadi kakitangan Kerajaan Singapura. Bagaimanapun Kerajaan Malaysia akan terus mematuhi perjanjian-perjanjian mengenai bekalan air yang telah dibuat di antara Kerajaan Singapura dengan Kerajaan Johor.

satu lagi sumber dari arkib negara

4 comments:

  1. itulah kita kena bersatu padu supaya negara kita tidak berpecah-belah..heheheh

    ReplyDelete

  2. Bersatu untuk perpaduan...dunia sudah di akhir zaman

    ReplyDelete

  3. Bersatu untuk perpaduan...dunia sudah di akhir zaman

    ReplyDelete

  4. Bersatu untuk perpaduan...dunia sudah di akhir zaman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers