Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 9 August 2012

Keluar UMNO Masuk Pas Kerana Kemaluan Isteri Dilihat Doktor Lelaki???...


buat renungan kita bersama... kes terpencil... kemaluan bini dia kena pegang dengan doktor lelaki... dia keluar UMNO dan masuk PAS... karang bila bini dia kena konseling pakai tuwala... dia keluar PAS dan masuk DAP pulak... semuanya salah parti... dia betul semata-mata... umat akhir zaman... [KLIK SINI]


SOALAN:

Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?

Jawapan oleh Ustazah Sakinah :

Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’. Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:

1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.

2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk. Wallahu a’lam.

Ini sebahagian daripada komen-komen pembaca facebook mengenai hal ini.




2 comments:

  1. bukan salah UMNO/BN. Tp sistem pendidikan dan rakyat Malaysia masih gagal melahirkan doktor yg mencukupi. Mana nak cukup kalau semua lari ke hospital swasta? Yg ada pun bidang2 lain. Takkan nak suruh doktor graduan pergigian jaga wad bersalin? Harap yg totok sangat tu pertimbangkan lah faktor2 ni.

    Mmg wajar fikirkan hal aurat tu. Tpi kalau dah tak mampu cari hospital swasta dgn doktor wanita, dan doktor gomen tak cukup, camno? Suruhlah anak2 jadi doktor. Mungkin cukup kot?

    ReplyDelete
  2. seseorang isteri yang hampir bersalin atau nak bersalin , terpulang pada suami klinik atau hospital mana dia nak pergi ...juga berhak membuat pilihan samada nak doktor lelaki atau doktor wanita

    klinik bersalin bersepah , doktor wanita khas utk ibu bersalin juga bersepah , kenapa masih pilih dan cari jalan yg akhirnya bikin gila otak sendiri ?


    bodoh adalah perkataan paling sesuai utk suami malang ini , dia tak bjak , dia tak matang ..dia kurang ilmu , dia masih kebudak2an !
    awak tak dipaksa utk membersalinkan isteri dengan doktor lelaki ? pilihan ada tapi awak tak tahu guna otak !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers