Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 8 March 2013

Sultan Kiram Marah Tentera Sulu Digelar Pemberontak!!! Habis Tu Nak Panggil Patriot!!!...


Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.

Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia.

Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina.

Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.

P/S : korang yang datang Lahad Datu IC pun xda lagi nak mengaku Malaysia tanahair korang... F**k la...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6 comments:

  1. tak kan nak balik kampung bawak senjata..
    org len balik kampung bawak balik buah doyan ke, buah rmbutan ke..kn elok

    ReplyDelete
  2. Woi kiram roti kirai!, marah yea kami panggil suku sakat ko penyangak...balik kampong yea...tanah atok ko yea!....Banyak laa! Gi ambik balik sulu & mindanao laa dulu dari filipina!! tak payah susah susah sewa bot cross masuk Malaysia.

    Balik kampong bawak M16?? ingat Malaysia ni pekan koboi ka??

    Sulu tasaug filipina suku sakat ko belom jumpa orang Sabah, Swak, dan suku suku kami dari semenanjung...setakat pakai loreng, bawak m16, kepala balut serban kira abih terra laa!...mai kalau berani..!

    ReplyDelete
  3. Oklah Tambah Royal Terrosist of sultan sulu.Nak sangat..amiklah Royal tue..

    ReplyDelete
  4. nak blk macam mana kiram oii...dah mati sumer. Yg tak mati pun akan kene buru dan tembak. Malaysia tak cadang nak tangkap korang. Tembak dan buang blk ke rumah ko kiram. Nak jumpa adik ko, jumpa la kat neraka nanti.

    ReplyDelete
  5. peribahasa baru ..." bodoh seperti kiram"

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha......dia igt balik tanah air sendiri bole bwk senjata ka.....dia igt mcm br blk memburu babi hutan kot.....hahahahahaha.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers