Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 24 May 2013

Biar Betul Menteri Belia Sukan Kena Raging??? @KhairyKJ @PortalSGB #FBP13


Macam tak caya plak Ketua Pemuda UMNO yang baru dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin didera melepasi pelbagai halangan "Obstacle" yang disediakan penganjur dalam cabaran "Viper Challenge".

Viper Challenge merupakan salah satu event menarik yang terdapat di Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta terpaksa melakukan aktiviti xtreme untuk melepasi kesemua halangan yang disediakan oleh pihak penganjur.

KJ yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan juga tidak melepaskan peluang mencuba cabaran ini walaupun beliau merupakan seorang menteri. Dan beliau telah membuktikan bahawa beliau juga berjaya menamatkan halangan dalam usia 37 tahun dan tak sia-sia beliau mengikuti kursus askar wataniah tahun lepas.

Jadi, malu la anak muda yang lebih muda umurnya daripada Menteri Belia dan Sukan kalo tak mampu melepasi semua halangan tersebut.



Oleh itu, ayuh anak muda di luar sana... Datanglah ke Festival Belia Putrajaya 2013 beramai-ramai dan mencuba halangan "Viper Challenge" ni bagi membuktikan korang boleh menewaskan Menteri Belia.


p/s : malu la kalo korang lagi muda dari KJ tak boleh lepas halangan nie... Gua dah test dan lepas ngan jayanya walaupun umur gua sebaya dengan KJ... Ayuh anak muda!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers