Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 8 November 2013

Puaka Niring : 11 Tahun Dikebumikan Jenazah Masih Seperti Baru Di Segamat...



Hari ni kecoh dengan gambar-gambar dan cerita mengenai penemuan tiga jenazah yang masih baik kain kapannya walaupun sudah 11 tahun disemadikan. Jenazah ini dijumpai ketika proses pemindahan tanah perkuburan Islam di Kampung Batu Badak, Gemereh, Segamat bagi membolehkan dibina lebuhraya baru Segamat - Tangkak.

Dikhabarkan jenazah ini adalah jenazah arwah Haji Md Raof dan isterinya yang terkenal sebagai guru Al-Quran semasa hayat mereka. Menurut cerita lagi, pasangan ini sering membaca ayat suci Al-Quran semasa hayat mereka. Sewaktu kubur mereka digali semula, pekerja menjumpai jenazah dengan kain kapan yang seperti masih baru dan seperti tidak terusik oleh bumi seolah-olah baru dikebumikan semalam sedangakan sudah 11 tahun jenazah disemadikan.

Bukan itu saja, sewaktu kerja-kerja mengorek liang lahad dilakukan bauan wangi-wangian semerbak menerjah ke lubang hidung petugas. Bukan seperti kebiasaan apabila daging dibiarkan akan berbau busuk menusuk lubang hidung.

Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dalam keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak

Mulianya pasangan ini... Subhanallah...
Bertuahlah sesiapa yang rajin mmbaca Al-Quran nanti....

Subhanallah... Allahuakbar....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Di dunia lagi sudah ditunjukkan kemuliaan org org yg membaca, mempelajari, mengajar dan beramal dgn Al Quran, Kalam Allah swt dan mukjizat terbesar Nabi saw, di Akhirat apatah lagi, insyaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers