Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 27 March 2014

Tuduhan Palsu COMANGO Terhadap Kerajaan Malaysia Di Dedahkan MuslimUPRo!!!! #AntiComango @tunfaisal


Sesi berkaitan Malaysia pada 20/3/2014 yang lepas dan telah selesai dgn penerimaan muktamad tersebut.

Pada 21/3 pihak Comango telah mengadakan suatu acara sampingan – ‘side event’ untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketegasan kerajaan Malaysia menolak pelbagai tuntutan yg tidak munasabah.

Selain dari menyatakan tidak puas hati terhadap pendirian tegas Malaysia untuk tidak terburu-buru meratifikasi baki enam konvensyen HAM (termasuk ICCPR & ICERD) mereka juga terus menimbulkan tuntutan berkaitan undang-undang perkahwinan Islam.

Mereka terus campurtangan di dalam hal ehwal undang undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia tentang wujud sebarang diskriminasi terhadap wanita Islam dan mendesak Malaysia menarik semula pengecualian atau “reservation” di dalam beberapa konvensyen berkaitan CEDAW dan CRC.

Yu Ren Cheng (Women’s Aid Organization) menyatakan: “We are disappointed that Malaysia rejected all seven recommendations to remove its reservations to CEDAW, CRC, and CRPD.” “Malaysia stated during its review that it is ‘unfounded’ that Malaysia’s ‘Islamic Family Law … discriminates Muslim women on marriage issues.’ This means Malaysia should have no objections to removing its reservations to Article 16 of CEDAW, on equality in marriage.”

Selain itu, isu LGBT terus dipolemikkan dengan kenyataan Thilaga Sulathireh dari Seksualiti Merdeka – Pada sesi lalu, Malaysia telah menolak terus segala tuntutan berkaitan ‘Sexual orientation and gender identity (SOGI).
Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama “mendiskriminasi” golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis.

Thilaga: “Violence against LGBT persons continues with impunity by the police, religious officials and some members of the public.” “Restrictions on freedom of assembly, association and expression equally affect LGBTI persons in Malaysia. It is of great concern that issues pertaining to sexual orientation and gender identity continue to be politicized to further create religious and racial divide in Malaysia,”.

Pihak COMANGO juga terus menuduh secara palsu bahawa mereka ditindas di dalam melaksanakan perjuangan HAM di Malaysia dan mengadu kepada Majlis HAM PBB seolah olah mereka dilayan dengan buruk. Hakikatnya, pihak KDN hanya mengisytiharkan kedudukan pendaftaran NGO NGO individu yg tidak semuanya berdaftar sebagai pertubuhan yang sah di bawah mana mana undang-undang Malaysia.

Sangat menghairankan apabila di PBB mereka hanya dibenar bercakap jika mewakili NGO berdaftar dgn status ECOSOC, tetapi hal ini tidak dijadikan isu. Di Malaysia, mereka tidak berdaftar, tetapi masih dibenarkan bersuara tetapi membuat tuduhan melulu apabila status pendaftaran mereka didedahkan. Mengapa wujud sikap hipokrit sebegini?

Di London MuslimUPRo sedang di dalam rangka untuk bertemu beberapa tokoh sarjana Muslim, termasuk Syaikh Dr. Abdal Hakim Murad (Universiti Cambridge), Muslim Council of Britain, Campaign Againts Criminalizing Communities (CAMPACC), Muslim Lawyers’ Circle London dan beberapa NGO dan institusi HAM di UK. Tujuan pertemuan yang dirancang ini adalah untuk menerangkan kepada pihak tersebut tentang isu isu terkini pasca UPR Malaysia dan mendapatkan pandangan dan maklum balas tentang respons NGI.

Selain itu, pihak MuslimUPRo juga sedang dalam rangka melantik di kalangan sarjana Muslim terkemuka Eropah untuk bersama sama sarjana terkemuka dan aktivis Islam di Malaysia ke ‘International Council of Experts’ yang akan diwujudkan dlm usaha membantu ke arah pembentukan Pusat Hak Asasi Manusia Malaysia. Ini merupakan suatu usaha gabungan NGI2 di Malaysia sebagai suatu inisiatif jangka panjang menangani isu isu Islam dan HAM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang berpendirian tegas.

Azril Mohd Amin
Ketua Delegasi MuslimUPRo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers