Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 29 April 2014

Anwar "Frust Menonggeng" Bila Barack Obama Kata “Bukan Anwar Sahaja Yang Saya Tidak Jumpa”...


Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membincangkan mengenai usaha meningkatkan perkara berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Dalam sidang media bersama dengan Najib sempena lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia, Obama berkata, tindakannya tidak menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bermakna beliau tidak mengambil berat mengenai apa yang berlaku berkaitan isu hak asasi di negara ini.

Malah, katanya, Najib mengakui kerajaannya sedang berusaha meningkatkan hak kebebasan masyarakat dan perubahan politik di negara ini.

“Dalam mesyuarat saya di seluruh dunia, saya tidak sempat menemui semua pemimpin, termasuk dari pembangkang namun ia bukan tanda saya tidak mempedulikan mereka.

“Bukan Anwar saja yang saya tak jumpa, di Negara lain yang saya pergi pun ramai yang saya tak jumpa,” kata Obama.

Pada masa sama, Obama turut mengakui AS turut melakukan usaha yang sama dalam memberi lebih kebebasan kepada rakyatnya sama seperti dilakukan Malaysia.

Sementara itu Obama turut mempertahankan tindakan kerajaan Malaysia dalam mengendalikan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, ketika pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari pesawat yang dipercayai berada di Lautan Hindi.

Obama berkata beliau tahu bagaimana setiap anggota yang terbabit bekerja keras dalam operasi berkenaan, tambahan AS mengerahkan semua aset miliknya untuk membantu mencari pesawat berkenaan.

“Kerajaan Malaysia sedang berusaha tanpa mengenal erti putus asa untuk mencari pesawat dan menyiasat apa yang berlaku.

“Saya tidak boleh bercakap untuk semua negara di rantau ini tetapi bagi pihak AS dan rakan-rakan lain yang sudah menemui kerajaan Malaysia, kita sentiasa komited untuk memberikan bantuan dan maklumat yang ada,” katanya.

najib obama 2Obama berkata, beliau memahami kesedihan yang dialami keluarga penumpang, namun beliau berkata, ia akan mengambil masa yang lama untuk mencari pesawat berkenaan kerana membabitkan kawasan pencarian yang luas.

“Jelas sekali, kita tidak tahu maklumat terperinci mengenai apa yang berlaku tetapi apa yang kita perlu tahu, jika benar pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi, ia adalah kawasan yang besar dan usaha untuk mencari bangkai pesawat itu adalah sangat mencabar dan sukar serta mengambil masa yang lama,” katanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers