Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 27 April 2014

@IsmailSabri60 Galak Rakyat Malaysia 'Sertai Program Pertanian Bandar' @NajibRazak #DSIS


Warga bandar di negara ini diseru menyertai Program Pertanian Bandar kerana mampu mengurangkan kos sara hidup dan secara langsung sebagai strategi menangani cabaran kemiskinan bandar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi program itu warga bandar digalakkan menanam empat jenis tanaman iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bunga-bungaan.

Menurutnya, bagi melaksanakan program tersebut pihaknya ­menyasarkan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, komuniti bandar dan individu untuk melaksanakan projek tersebut.

“Seperti yang kita tahu, kira-kira 72 peratus daripada rakyat di negara ini tertumpu di bandar raya utama, kadar urbanisasi yang tinggi mengakibatkan berlaku kemiskinan bandar yang menjadi satu cabaran utama kerajaan untuk mengatasi masalah mereka.

“Maka pertanian bandar ini jika dilaksanakan dengan baik dapat memastikan komuniti bandar mendapat bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang berterusan.

“Kita dapati purata hasil amalan pertanian bandar di negara maju dapat menampung 10 hingga 20 peratus permintaan bandar seperti yang diamalkan di London, Singapura dan Tokyo," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pertanian Bandar peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua ­Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadil Osman.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program tersebut berjalan lancar pihaknya melantik MARDI selaku penganjur utama dengan dibantu Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa serta syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan.


“Sebagai contoh, pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan kawasan terbiar untuk dijadikan kawasan pertanian bandar. Bagaima-

napun, berjaya atau tidak program ini banyak bergantung pada menta­liti masyarakat setempat di bandar.

“Sebagai tanda sokongan dan komitmen kerajaan, kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyokong program ini khususnya untuk tujuan pembelian benih, baja dan kelengkapan pertanian yang diperlukan," katanya.

Katanya, jika masyarakat bandar mengamalkan pertanian bandar se­perti yang diamalkan negara maju, sumber bahan mentah makanan tidak lagi menjadi isu utama negara pada masa akan datang, malah memberi pelbagai manfaat termasuk mengatasi aspek keselamatan dan nutrisi makanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers