Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 5 April 2014

Mesti Baca!!! Doa Rosmah Buat Syed Saifullah Yang Memfitnah Beliau... @NajibRazak


Ini adalah respon daripada Datin Seri Rosmah Mansor yang difitnah oleh Syed Saifullah dalam facebook peribadi beliau yang memfitnah Rosmah telah meninggal dunia akibat terhempas pesawat dengan menunjukkan gambar "edit" yang sangat mengerikan dan menjijikkan yang merupakan satu fitnah yang jijik. Namun, ini adalah reaksi Rosmah terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Bukan makian atau cacian kembali dipulangan kepada Syed Saifullah tetapi sebaliknya Rosmah mendoakan yang baik-baik kepada Syed Saifullah. Antara kata-kata Rosmah :
"Assamualaikum dan salam sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada apa yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam" - Rosmah Mansor

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah SAW adalah sikap pemaaf baginda. Ini dapat kita perhatikan dalam banyak peristiwa yang dialami baginda melalui banyak riwayat yang menceritakan kemuliaan akhlak baginda dengan memaafkan orang kafir yang menyakiti baginda hingga menyebabkan mereka masuk Islam.

Dalam sirah Rasulullah SAW, baginda sering disakiti oleh wanita Yahudi di Madinah, bukan sahaja dimaki hamun malahan di letakkan duri di jalan yang baginda lalui dan juga di lemparkan najis kepada baginda SAW tetapi baginda tetap bersabar dan tidak membalas kejahatan wanita tersebut dengan kejahatan. Apabila wanita tersebut tidak kelihatan baginda pergi menziarahinya dan di dapati wanita tersebut sedang sakit. Bila melihat kehadiran Nabi SAW melawat kerumahnya wanita tersebut terkejut dan kagum kerana betapa tingginya akhlak baginda memuliakannya walaupun beliau sering mengganggu baginda, akhirnya wanita tersebut masuk Islam. KLIK SINI

Memaafkan kesalahan atau perilaku kasar seseorang juga merupakan akhlak seorang da’ie yang utama. Ubadah bin Ash Shamit meriwayatkan sebuah hadits, bahawa Rasulullah aaw bersabda:

“Mahukah kalian kuberitahu tentang sesuatu yang dipergunakan Allah untuk memperkukuh bangunan dan meninggikan darjat?” Para sahabat menjawab: “Mahu, ya Rasulullah!” Baginda menjelaskan: “Hendaklah engkau sabar menghadapi gangguan orang bodoh, memaafkan orang yang berbuat zalim kepada dirimu, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu, dan memutuskan hubungan dengan orang yang memutuskannya denganmu.” (At Thabrani)
KLIK SINI

Mereka yang menzalimi orang lain lebih daripada kezaliman yang dilakukan ke atasnya adalah orang yang akan dimurkai Allah. Mereka yang rela memaafkan pula adalah termasuk dalam golongan 'Ulul Azmi, yang akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda kerana perbuatan itu memang sukar dilakukan. Dalam kalangan para Rasul, ada 5 orang Rasul Ulul-Azmi dan ciri utama mereka adalah suka memaafkan. KLIK SINI


Astagfirullahalazim... kenapa la sampai begini sekali tergamak mamat nie buat... apa rasa dia kalo gambar "mak" dia atau "kakak" dia atau saudara-mara dia atau kawan2 perempuan dia orang lain buat macam nie... apa dia rasa... apa rasa kalo keluarga kita diperlakukan sebegini... fiki-fikirkanlah...

3 comments:

  1. Amin. Alhamdulillah. Semoga doa Rosmah tu dimakbulkan. Rosmah tahu, aku tahu, dan mungkin anda pun tahu, selama ini Syed Saifullah ini hidup sebagai insan yang tak berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-342-064-735) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAt

      Delete
  2. salam.. kalau betul Syed tu melayu.. sesungguhnya aku teramat kecewa sbb sanggup melakukan perkara sebegini kepada isteri PM Malaysia.. kecewa sbb telah hilang rasa hormat pada pemimpin, bangsa dan manusia..
    kalau Syed ni bangsa celaka.. maka celakalah yang akan dia dapat.. antara doa2 yang dimakbulkan adalah doa orang yang teraniaya.. jika isteri PM Malaysia ni tergolong di dlm orang Islam yang teraniaya.. tunggulah balasan dari Allah.. sesungguhnya seksa Allah adalah amat menyakitkan..
    salam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers