Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 11 May 2014

Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Lemah Pertahankan "Bos" Sendiri Salahkan Orang Lain???? @NajibRazak


Nampak gayanya makin parah jentera siber Bahagian Putrajaya bila "GAGAL" berfungsi mempertahankan BOS mereka yang juga Ketua Bahagian Putrajaya "kebetulan" juga Menteri Wilayah bila mahu mengheret bekas-bekas blogger dari sebuah unit di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kini sudah tiada lagi. Kesannya ia mula membangkitkan kemarahan sahabat-sahabat blogger "yang takda kaitan dalam ini filem" seperti tulisan sahabat MedanTempurKedah (cerita penuh SILA KLIK SINI)
Untuk pengetahuan SU Akhbar Ku Nan, tindakkan rakan blogger yang menegur Ku Nan itu bukanlah mewakili semua kumpulan blogger, beliau menegur kerana Ku Nan adalah Ketua Bahagian beliau dan beliau ahli Umno serta jentera parti di Putrajaya.. Jadi tak salah menegur sesuatu jika perkara itu boleh merosakkan Umno di bahagian..

Ada diantara blogger mempunyai jawatan diperingkat cawangan ataupun bahagian.. Jadi tak salah jika mereka menegur pemimpin mereka dalam blog masing masing.. Kami sebagai blogger bebas, berhak nyatakan apa saja perkara yang boleh memburukkan parti..

Kepada SU Akhbar Ku Nan, saya harap anda sudah jelas tugas kami.. Bukan semua blogger menghentam pemimpin atas kepentingan peribadi sebaliknya menegur pemimpin agar tidak hanyut dek jawatan yang diamanahkan..

Sepatutnya tugas pegawailah yang perlu sampaikan teguran teguran ahli dibahagian kepada Boss, agar permasalahan dapat diselesaikan segera.. Dan bukannya menyuruh orang lain membalas kritikan orang yang membuat teguran..


dan juga di seorang sahabat lagi iaitu Sangkakalajari9 (cerita penuh SILA KLIK SINI).
Sangkakala membuat teguran apabila 2 keping gambar Menteri ni menaiki pesawat untuk menunaikan umrah dan kembali dari menunaikan umrah tersebar di kalangan ketua ketua cawangan.
Bagi Sangkakala teguran ini sepertimana yang dikatakan oleh rakan blogger dalam pautan tadi, adalah untuk memberikan kesedaran kepada Ku Nan dan ianya adalah sahih.
Ada juga yang mengatakan bahawa jasa Ku Nan dalam parti perlu dilihat, dan bagi Sangkakala pula, jasa tersebut tidak menghalalkan cara atau membuatkan para blogger pro kerajaan berdiam diri dengan kesilapan yang dilakukan.
Tapi apa yang mengecewakan ialah, teguran ini tidak diambil berat oleh Setiausaha Akhbar Ku Nan, malah rakan facebook beliau menyerang para blogger dan ada kemungkinan termasuklah diri Sangkakala dan kemungkinan besar, ini adalah arahan atau permintaan dari Setiausaha Akhbar Ku Nan sendiri.
Daripada apa yang gua lihat inilah salah satu kelemahan pentadbiran Ketua Bahagian Putrajaya "yang secara KEBETULAN menjadi Menteri Wilayah" bila melantik orang yang entah hapa-hapa duduk di pejabat beliau. 

Adakah menjadi satu kesalahan besar jika menegur melalui media sosial? Alasan yang diberikan kenapa tidak berjumpa sendiri dan terus luahkan segala permasalahan. Apakah dah ketinggalan zaman kot Menteri Wilayah ni sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pun sudah memperlihatkan keterbukaan beliau dalam menerima arus perubahan teknologi seperti menggunakan medium media sosial. Inilah masalahnya dengan kepimpinan menteri yang yang ada sekarang GAGAL mengikuti arus perubahan menyebabkan rakyat terutama golongan muda mula menjauhi UMNO.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers