Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 31 December 2014

Bukti Kementerian Pertanian Komited Bantu Petani, Penternak, Nelayan Terlibat Banjir??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


PC by YBM Menteri Pertanian, Industri Asas Tani - Banjir

"Seperti yang semua tahu sejak dari 18hb Dis bermulanya banjir di Kelantan, MOA telah melibatkan diri secara langsung melalui KADA bagi penghantaran keperluan.

Bermula 26 Dis seluruh agensi di bawah MOA mula dilibatkan. Kita mobilize semua (agihkan tugas) dan guna semua aset-aset termasuk guna nelayan peladang membantu.

Sehingga kini kita sudah salurkan bantuan di 8 negeri melibatkan 51 kawasan parlimen.

Kita keluarkan belanja sendiri. RM1.821 juta setakat hari ini telah dibelanjakan.

Untuk memudahkan urusan kita sudah wujudkan "Command Centre" di Dengkil dan setiap negeri yang terlibat.

Ada 2 cara penghantaran - darat dan udara (atm)

Antara barangan yang diedarkan - 3 jenis iaitu :

1. Makanan kering - minyak, gula, tepung, rempah, air mineral, telur, ikan bilis, makanan dalam tin, susu, roti dan biskut.

2. Makanan basah - ayam, ikan, bawang, halia, kobis, carrot, kentang.

3. Bukan makanan - lampin bayi, ubat nyamuk, barangan kperluan lain.

Kita bukan sahaja jaga manusia, kita juga jaga haiwan ternakan. Kita pun hantar makanan ternakan kepada penternak.


Kita juga bekerjasama dengan 1M4U dan Malindo Air.

Proses penghantaran masih berterusan. Sekarang ini ATM pun punya banyak barangan dalam stok. Kita pun bantu ATM utk hantar barangan tambahan banyak kawasan yang sudah boleh dilalui.

Bekalan ikan masih lagi mencukupi kerana kita guna stok ikan frozen. Mulai hari ini kota sudah mula ditambah bagi import ikan daripada luar.

Nekmat akan membeli ikan daripada stok-stok swasta supaya kita boleh bertahan selama 1 hingga 3 bulan.

Sayur-sayuran pun kita keluarkan daripada stok-stol simpanan. Kita mula menghantar kepada kawasan-kawasa banjir berjumlah 200 metrik tan seminggu.

Kita akan jual ikan / sayur di pasar tani pada harga special di kawasan yang terlibat dengan banjir seperti contoh cili merah ( dari RM13 kpd RM7 sekilo )

Mangsa-mangsa banjir boleh dapatkan ikan / sayur murah boleh di dapati di pasar tani.

Pasca banjir - MOA dilantik sebagai koordinator untuk jaga negeri Pahang.

Arahan sudah dikeluarkan kepada semua pegawai untuk dapatkan detail jumlah kerugian dalam pertanian, penternakan dan perikanan.

Kita akan susun semula pinjaman TEKUN dan AgroBank untuk mangsa banjir.

Agrobank - 8,800 peminjam - RM337.18 juta.

Tekun - 21,462 usahawan - RM136.9 juta.

Harap peminjam berkaitan pergi ke pejabat AgroBank / TEKUN berhampiran.

Bagi peminjam TEKUN yang nak mula pinjaman baru, TEKUN akan memberi pinjaman permulaan segera RM10 ribu untuk memulakan perniagaan semula.

Isu Sticker - yang penting adalah tujuan / niat kita untuk barangan tersebut. Setiap orang punya pandangan berbeza. Menghantar beras etc, itu yang selesai masalah.

Masing-masing ada cara. Yang mangsa perlukan adalah barangan keperluan harian.

18 Dis banjir di Kelantan dan kita pun dah bagi kepada mangsa banjir pada ketika itu melalui KADA.
Kita pun sudah edar 3000 kampit beras kepada mangsa banjir dengan kerjasama Bridged Kesatria Muda. Kita pun ada panggil media pada ketika majlis penyerahan.

Ini adalah masa utk misi kemanusiaan bukan untuk berparti.

Di FB dan Twitter saya menyebut mengenai semua mangsa tanpa mengira arti. Ini kerana di saat musibah ini memerlukan kita untuk menolong dengan ikhlas, bukan menyerang orang lain atas kepartian."


Dato' Sri Ismail Sabri
Menteri Pertanian, Industri Asas Tani

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network






























1 comment:

  1. Siap letak gambar, apa tujuannya tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers