Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 14 November 2017

Lawak!!!!! Menteri Besar Selangor Cuma Berani Haram Akhbar, Tapi Pesta Arak Dihalalkan???? @AzminAli #JRKN


Lawak!!!!! Memang lawak!!!!! Sama ada ini cuba balas dendam kerana politik, tiada bajet atau sekat kebebasan media, Kerajaan Selangor kini mulai ‘kongkong’ penjawat awam negeri itu termasuk hak baca akhbar harian. Terbaru, pentadbiraan negeri termaju itu mula arah semua jabatan, agensi, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan Selangor untuk berhenti langgan atau iklan menerusi akhbar terbitan Kumpulan Utusan dan NSTP Group. Arahan pelik itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya selepas pihaknya mendapati larangan dikuatkuasakan sejak 12 Jun 2008 tidak pernah dipatuhi kakitangan awam Selangor selama ini.

Menerusi pekeliling terkini bertarikh 9 November 2017, beliau sekali lagi mengingatkan agar tidak membeli akhbar keluaran Kumpulan Utusan dan dengan tambahan baharu iaitu Berita Harian pula. Ironi, dalam memo tersebut memaklumkan penjawat awam terbabit hanya boleh melanggan akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan negeri selain Sinar Harian keluaran Karangkraf dan The Star milik parti MCA. Ini bermakna kakitangan kerajaan negeri itu tidak boleh lagi membaca akhbar Harian Metro, Metro Ahad, New Straits Times dan New Sunday Times yang sama penerbitan dengan Berita Harian dan BH Ahad sejak sekian lama. Umum sedia maklum enam surat khabar itu adalah keluaran NSTP Group di bawah Media Prima Berhad, manakala Kumpulan Utusan menerbitkan akhbar popular Kosmo!, Kosmo! Ahad, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Dua syarikat persuratkhabaran terkemuka tanah air ini diketahui pro-Barisan Nasional diterajui UMNO yang sering mengkritik kepimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (sebelum itu Pakatan Rakyat) sejak 2008 lagi.



Anehnya, arahan langganan The Star mencetuskan tanda tanya kerana akhbar berbahasa Inggeris No.1 itu diketahui lebih cenderung kepada kepentingan masyarakat Cina termasuk isu kontroversi pesta arak Oktoberfest bulan lepas. The Star juga pernah dikutuk umat Islam kerana laporan biadab muka depan pada 1 Ramadan lalu menerusi tajuk ‘Malaysia pemimpin pengganas’ dengan gambar jemaah bersolat sunat tarawih di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Akhbar ini turut dikritik pelbagai badan hal ehwal Islam ekoran laporannya didakwa agak ‘bias’ termasuk isu RUU 355 mengenai pemerkasaan kuasa mahkamah syariah dan kemelut anak tidak sah taraf dinasabkan kepada bapa. Begitu juga Sinar Harian yang diketahui ‘condong’ laporan pemberitaan terhadap blok pembangkang serta tidak pernah diketahui tahap edaran bersihnya kerana bukan anggota firma bertauliah Audit Bureau of Circulations. Terdahulu, kerajaan Selangor konon mendakwa amal kebebasan bersuara, pernah bertindak ‘lucu’ usir stesen Selangor FM milik Jabatan Penyiaran Malaysia dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 2008. Setakat ini, belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) atau komen dua syarikat media cetak terbabit berhubung isu larangan agak ‘berat sebelah’ itu.

Tindakan kerajaan Selangor mengharamkan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas memaparkan sifat tidak matang dan kebudak-budakan kepimpinan negeri itu dan keputusan itu sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali yang terus tunduk di bawah pengaruh DAP. Parti cauvinis itu terkenal anti-Melayu dan anti-Islam. Justeru Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi ‘menikus’ dalam kes pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.

Dua akhbar itu merupakan media arus perdana yang sejak sebelum merdeka lagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu begitu gigih dalam konteks negara majmuk berbilang kaum dan agama. Namun kini dilihat sebagai musuh kepada dasar pentadbiran kerajaan Selangor sejak 2008 yang nyata sudah dikuasai oleh DAP manakala parti-parti lain dalam blok pakatan terpaksa akur demi mengekalkan kuasa sendiri. Tindakan ini pasti tidak direstui oleh rakyat Selangor sendiri dan ia akan meningkatkan lagi penolakan majoriti rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP. Kerajaan Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Utusan dan BH terdapat ramai anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan malah mereka tidak pernah didiskriminasikan.

Pentadbiran kerajaan Selangor juga meminta setiap jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri supaya memberi tumpuan kepada akhbar Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star sahaja.

1 comment:

  1. Packers and Movers Hyderabad Give Certified and Verified Service Providers, Cheap and Best ###Office Relocation Charges, ***Home Shifting, ✔✔✔Goods Insurance worth Rs. 10,000, Assurance for Local and Domestic House Shifting. Safe and Reliable Household Shifting Services in Hyderabad with Reasonable Packers and Movers Price Quotation @ Packers And Movers Hyderabad

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers