Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label PRK Permatang Pauh. Show all posts
Showing posts with label PRK Permatang Pauh. Show all posts

Thursday, 30 April 2015

Memang Dah Boleh Agak Pas Buat U-Turn Akhirnya Di PRK Permatang Pauh!!!


Sehari dua nie kecoh la di media sosial pasal kenyataan rasmi Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang yang akhirnya akur dengan keputusan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengarahkan agar jentera kembali membantu calon PKR di PRK Permatang Pauh yang tak lain dan tak bukan calon recycle Wan Ajijah Kipas.

Bukan kita tak boleh agak kejadian ngeri u-turn yang dibuat Pas ni akan berlaku kerana sejak dua menjak ni memang kita dapat lihat banyak perkara flip flop dalam Pas.

"PETALING JAYA: Pemuda Pas Pulau Pinang membuat pusingan U dengan menyatakan sokongan untuk membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei ini.

Pegumuman itu dibuat Ketua Pemuda Pas Negeri, Mohd Yusni Md Piah selepas mengambil kira keputusan yang dibuat pimpinan Pas Pusat.

"Setelah mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, maka kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan Pas Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh," jelasnya dalam sidang media di Markaz Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Di sebalik pendirian itu, Pemuda Pas masih bertegas mendesak Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang supaya memohon maaf ekoran kenyataannya yang mencela Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami juga tetap dengan pendirin kami sebelum ini supaya AMK Pulau Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan memohon maaf," katanya.

Kenyataan terbaru daripada Pemuda Pas Pulau Pinang ini, menjadi tanda tanya terhadap usaha Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat untuk mencari penyelesaian kemelut yang berlaku antara dua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR)."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 29 April 2015

Pengundi Lakukan Silap Besar Jika Undi PKR Dan Wan Jijah Kipas!!! #PRKPermatangPauh


Masuk hari ini adalah hari ketiga kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh. Seperti yang ramai meramalkan calon yang bertanding tak lain dan tak bukan adalah calon yang sebelum ini pernah bertanding dikerusi yang sama dan menang tapi mengosongkan kerusi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh Kak Wan Jijah Kipas bagi memberi laluan kepada suaminya pulak bertanding.

Ini adalah kali kedua beliau bertanding di kerusi yang sama dan merupakan calon recycle Pakatan Rakyat dan PKR khasnya kerana dalam parti PKR sudah tidak ada calon yang sesuai untuk diketengahkan melainkan beliau.

Amat malang jika pengundi Permatang Pauh masih memilih beliau sebagai Ahli Parlimen yang mana beliau juga adalah ADUN Kajang sedangkan kawasan beliau di Kajang dibiarkan begitu saja tanpa mengambil berat permasalahan rakyat dan pengundi Kajang terutama isu banjir di Kajang. Malahan dengan nafsu yang besar calon recycle ini sekali lagi bertanding di kubu kuat PKR sejak tahun 1998 lagi. Sudah 17 tahun Permatang Pauh mempunyai Ahli Parlimen daripada PKR tapi satu habuk pun tak nampak apa yang mereka buat.

Sebab itu dikatakan satu kesilapan besar jika pengundi Permatang Pauh masih lagi memilih calon recycle ini kerana beliau sudah membuktikan bahawa tujuan beliau bertanding adalah bagi menjaga kepentingan suaminya yang masih berada di penjara akubat dijatuhkan hukuman ke atas kesalahan meliwat.

p/s : cukup-cukup sudah la 17 tahun berlalu begitu saja... Apa kata bagi peluang pula pada calon BN...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers