Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 11 December 2012

[Gempar] Nik Aziz Nak Nikahkan Apex & Leuniey Untuk Tumpang Glamour????....


Pasangan sama padan yang bakal berkahwin pada 28 Disember ini iaitu Apex dan Leuniey dikhabarkan akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz.

Hal itu dilaporkan sendiri oleh bapa Leuniey selepas menerima surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bapanya, Nazri memberitahu menurut surat itu majlis pernikahan akan berlangsung pada jam 10 pagi.

"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan.

"Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.

"Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.

Majlis pernikahan berkenaan akan dilakukan di kediaman Leuniey manakala majlis resepsi akan menyusul pada tiga tempat berbeza.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Karpal Dicabar Tarik Kenyataan Di Parlimen????...


Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar dan didesak agar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat seperti direkodkan di dalam hansard di Parlimen pada Oktober 1997.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, ini kerana Karpal telah berkata beliau mempunyai bukti yang kukuh bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan liwat.

"Karpal perlu buat perkara ini jika mahukan Anwar jadi calon Perdana Menteri.

"Jika tidak, maka nyata (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang yang layak jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

Menurut beliau, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas, tidak mempunyai masalah moral seperti Anwar.

"Karpal sudah tentu tahu orang Melayu dan Islam tidak boleh mengangkat seorang kaki liwat atau ketagih liwat untuk menjadi Perdana Menteri.

"Maka Karpal perlu tarik balik kenyataan beliau dan minta maaf kepada semua orang Melayu dan Islam," katanya.

Sunday, 9 December 2012

Betis Neelofa Macam Batang Pisang?



NYAMAN sungguh udara hari ini dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Sesuai sangat CAK menikmati pisang goreng dengan secawan kopi pekat sambil 'berchatting' dengan beberapa 'perisik' untuk bertanya apa isu menarik teman artis.

Bukan apa, biarpun berada dalam industri, ada masanya CAK terlepas pandang.

Jadi, perisik yang dilantik secara tidak formal inilah yang akan menjadi mata dan telinga CAK.

Seorang daripadanya bercerita perihal seorang pelakon jelita kelahiran Kelantan.

Siapa lagi kalau bukan Neelofa.

Katanya, ketika jelajah Anugerah Skrin 2012, Neelofa dikatakan tampil seksi dengan baju sendat rona putih yang dipadankan dengan skirt ala 'fish tail' berwarna hijau muda.

Pas Terus Menipu Umat Islam...


Undang-undang negara dan perlaksanaannya bukan ditentukan oleh mana-mana satu parti atau mana-mana satu kaum mahu pun mana-mana satu agama. Ianya ditentukan bersama oleh majoriti rakyat hasil rundingan dan kerjasama antara parti, antara kaum dan antara agama.

Kerajaan, samada Kerajaan BN ataupun Kerajaan PR hanya akan mencadangkan undang-undang ke dalam DUN atau pun Parlimen setelah mendapat persetujuan sesama semua sekutu komponen atau pakatan sebelum dilaksanakan.

Apa saja cadangan untuk dibawa ke Parlimen oleh Kerajaan yang memerintah samada UMNO/BN atau PAS/PR, ianya mesti dipersetujui dulu oleh komponen-komponen BN atau sekutu PR.

PAS yang menganggotai Pakatan Sekular PR bagi berkongsi kuasa untuk memerintah, mesti mendapatkan persetujuan dari rakan kongsi kuasa sekularnya (DAP dan PKR) sekiranya hendak melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah di negara ini dan tidak akan mampu melaksanakan apa jua tanpa persetujuan sekutu-sekutusekular/kafirnya.

Sekiranya PR memerintah, PAS hanya boleh melaksanakan agenda PR, seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dan dokumen-dokumen kerjasama mereka dan bukan agenda PAS.

Tapi apabila Pakatan Sekular PAS/DAP/PKR (PR) juga sama-sama membuat keputusan dan berjanji untuk tidak melaksanakan Hudud, PAS terus menipu Umat Islam dengan janji palsu perlaksanaan hududnya.

DAP dengan tegas menentang hudud bila bercakap dengan orang-rang Cina dan India dan bila bercakap dengan PAS dan Umat Islam, mahu berbincang mengenainya (Bincang untuk tidak melaksanakannya) dan PKR terus bermain wayang seperti sesumpah.

UMNO hanya menjanjikan apa yang telah dipersetujui dalam BN tapi PAS terus menipu dengan menjanjikan perkara-perkara yang tidak dipersetujui dalam PR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers