Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 3 November 2011

Adakah AUKU Menghalang Mahasiswa Berpolitik????


[Akta A1342]Akta universiti dan kolej universiti (pindaan) 2009
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 6 Januari 2009
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 8 Januari 2009

Pindaan seksyen 2

2. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 -

(d) dengan menggantikan takrif “pelajar” dengan takrif yang berikut:
‘ “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;’;

Penggantian seksyen 15

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15 dengan seksyen yang berikut:

“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(3) Menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar Universiti, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, nama pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.


(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap


(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(6) Walau apa pun subseksyen (5), seseorang pelajar Universiti tidak boleh dihalang daripada—


(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) pada sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


(7) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (1) atau (5) boleh dikenakan tindakan tatatertib.


(8) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (2) atau (5) hendaklah diuruskan mengikut seksyen 16.”.


Soal Jawab Tentang AUKU

1. Kenapa Kerajaan tidak mansuhkan AUKU agar pelajar boleh berpolitik?

Jawapan:

AUKU merupakan punca kuasa bagi sesebuah IPTA yang merangkumi perkara berkaitan tadbir urus universiti, autonomi, status badan berkanun dan sebagainya. Hanya Seksyen 15 yang berkaitan dengan isu pelajar berpolitik. Jika diminta agar AUKU dimansuhkan maka ia menunjukkan seseorang itu buta undang-undang.


2. Kenapa Kerajaan tidak pinda Seskyen 15 bagi membolehkan pelajar berpolitik?

Jawapan:

Pindaan AUKU 2009 telah melalui proses yang panjang bermula tahun 2005 dengan penubuhan Jawatankuasa Meminda AUKU yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan. Disamping sesi brainstorming antara ahli, mereka turut mendapatkan pandangan banyak pihak seperti ibubapa/orang ramai, SUHAKAM, pegawai Kerajaan, wakil parti politik Kerajaan, wakil parti politk pembangkang dan sebagainya. Keputusan yang diambil adalah tepat pada masa itu walaupun sudah tentu tidak dapat memenuhi kehendak semua orang.


3. Pelajar menjadi tidak kreatif jika aktiviti mereka dalam politik dikongkong.

Jawapan:

Kegiatan bersifat politik masih dibenarkan diadakan di IPT dengan syarat ianya haruslah berbentuk akademik dan tidak menjurus kepada parti-parti politik tertentu. Sebagai contoh program pengajian Sains Politik telah lama diperkenalkan di beberapa IPT di Malaysia yang menawarkan kursus-kursus berkaitan politik. Selain itu beberapa forum yang membincangkan isu politik semasa secara ilmiah telah banyak diadakan di beberapa IPT, di samping memperkenalkan sudut pidato di setiap IPT yang memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat pidato mereka.

4. Kenapa pelajar luar negara (Kelab UMNO luar negara) boleh terlibat politik?

Jawapan:

AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA dan tidak terpakai kepada pelajar luar negara. Penubuhan persatuan di luar negara adalah tertakluk kepada undang-undang di negara tersebut. Kalau nak tubuh Kelab PAS luar negara atau Kelab PKR/DAP luar negara pun boleh.

5. Jika AUKU hanya terpakai kepada pelajar IPTA, adakah pelajar IPTS dibenar menjadi ahli parti politik?

Jawapan:

AUKU tidak terpakai kepada pelajar IPTS tetapi mereka tertakluk kepada Akta IPTS [Akta 555] yang juga terdapat seksyen yang melarang pelajar menjadi mana-mana parti politik.

6. Adakah AUKU menghalang semua pelajar berpolitik?

Jawapan:

AUKU tidak menghalang secara total mana-mana pelajar untuk berkecimpung dalam arena politik. Ini berdasarkan peruntukan di bawah subseksyen 15(4) AUKU yang memberi kuasa budi bicara kepada Naib Canselor untuk mengecualikan pelajar itu daripada sekatan yang disebut dalam perenggan 15(1)(a) AUKU. Ini akan membolehkan seseorang ahli politik yang bergiat dalam mana-mana parti politik mendaftar bagi sesuatu kursus di Universiti tanpa perlu melepaskan kerjaya politiknya.
Sumber : SARFAMS

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers