Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 30 March 2012

Al-Fatihah... Kemangkatan Anakanda Sultan Perak, YTM Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu





Inna lillahi wainna ilaihi rojiun....

YTM Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak Darul Ridzuan juga sebagai Raja Kecil Sulong Perak telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini akibat sakit asma di Bukit Damansara...


Jenazah telah sampai di Kuala Kangsar pagi ini dan di bawa terus ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan sebelum disemadikan di Maqam Al Ghufran Bukit Chandan Bersebelahan Masjid Ubudiah...

Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln's Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak

Semoga Allah merahmati dan menempatkannya dikalangan para solihin...

Al Fatihah...

1 comment:

  1. Semoga Allah merahmati dan menempatkannya dikalangan para solihin...

    Al Fatihah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers