Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 28 March 2012

Lensa Niring : MasyaAllah!!! Kuatnya Iman Hamba Allah nie...






Gambar ini sempat gua rakamkan ketika gua baru keluar daripada Kompleks Kerajaan KDN Parcel D petang semalam bila mata gua tertumpu pada satu susuk tubuh sedang berdiri tegak di tengah padang.

Gua tertanya-tanya apakah gerangan yang insan ini lakukan dengan berdiri tegak di tengah-tengah padang seorang diri. Gilakah insan ini? Kurang siumankah dia?


MasyaAllah... Rupa-rupanya insan ini sedang menunaikan solat Asar di tengah-tengah padang tanpa beralaskan sehelai sejadah hanya rumput sebagai alas sejadah bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Tersentuh hati nurani gua ni... Insaf dengan muhasabah diri gua yang gua rasa jauh tertinggal keimanannya bila gua perhatikan hamba Allah ini menunaikan solat bila sampai waktunya.

Dari raut wajahnya, gua tengok macam orang Pakistan jer. Persoalan dalam hati gua, ada tak orang Islam kita terutama dalam negara kita nie yang boleh buat sampai tahap macam ni sekali.

Tapi persoalan yang agak kasar dan pasti ramai yang tak setuju dengan gua... Berapa ramai orang Pas yang kononnya memperjuangkan Islam boleh buat macam ni. Berapa ramai tok-tok guru Pas dengan ustaz-ustaz Pas boleh buat macam nie.

6 comments:

  1. kat kelate biaso wak solat hajat rama2 lagu ni atah pade..tok guru pn pnh jd imam.. Jgn nilai iman dgn parti sbb kita bkn berimankn parti.. Cukup la kita yakin n beriman dgn Allah,Rasul,Malaikat,Qiamat, Qadha n Qadar

    ReplyDelete
  2. Dekat KDN atau bangunan berdekatan tak ada surau ke nak tumpang sembahyang Bro?

    ReplyDelete
  3. ...kita bole tanye diri sndri,sekiranya kita jadi dia.adakah kita sudah bertanya dgn orang disekeliling,dimana letaknya surau,krena masjid dan surau,bnyk trdpt di bumi M'sia ni....atau mgkin dia bole bersolat di tmpat yg tersorok sdikit yg tidak menjolok mata'....saya mgmbil cth diri saya sndri,ketika brada di negeri China 1 ketika...tiada surau,masjid...saya menumpang solat di sebuah store pasaraya...saya tak menyalahkan org dalam gmbr ini...mksudnya mgkin ader cara lain...krna kita pun tkut juga,ibadah yg menimbulkan riak pada diri sndri...pun tak diterima Allah...wallahu'lam...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah X ada surau masjid apa salah ... solatlah kat mana pun.. jgn dalm tandas udah..... Tak ada surau @ masjid kat situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIA KAN BUKAN ORANG MALAYSIA MUNGKIN SUSAH NAK BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG MALAYSIA...XPERLAH JANJI DIA DAH MELAKSANAKAN TANGGUNJAWAP DIA

      Delete
  5. Last 2 years, saya diberi kesempatan jadi urusetia karnival sukan pelajar antarabangsa di salah sebuah ipts, tegamam sekejap bila azan zohor berkumandang, urusetia kolej terus tutup lagu, then geng2 pak arab nie terus amik wuduk dan solat berjemaaah atas pdg.... Yg bagusnya, urusetia yg tediri dr pelajar asing, yg bukan islam juga memahami sensiviti ini... Sama jduga yg terjadi waktu saya jadi urusetia homestay pabm, peserta dr iran, pakistan keluar pdg bola sekejap utk tunaikan solat asar.....terpegun org kg, alangkah bagus islam kita dimalaysia begini.....- liliq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers