Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 7 March 2012

Puaka Niring : Misteri Nasi Tomato Berhantu Di Batu Lancang, Pulau Pinang???...


Baru-baru ini Kulaan sempat berkunjung ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang atau biasa orang panggil Penang la atas jemputan sahabat-sahabat di sana. Setibanya di Pulau Pinang, Kulaan diberitahu bahawa kat Penang nie ada satu cerita yang memang terkenal dengan masyarakat dan penduduk Penang. Dan peristiwa tersebut masih berlaku sehingga ke hari ini.

Kisah "Nasi Tomato Berhantu Batu Lancang"... Halamak! menarik nie. Kebetulan pun Kulaan memang meminati cerita berunsur misteri dan paranormal. Menurut cerita sahabat Kulaan, peristiwa ini hanya berlaku tengah malam sahaja sekitar jam 12 tengah malam berlarutan sehingga jam 2 pagi sahaja. 

Tanpa membuang masa Kulaan di bawa ke satu lokasi yang dikenali dengan nama Batu Lancang jam 2 pagi setelah urusan di Penang selesai sekitar tengah malam.


Dari Batu Feringgi kami bergerak menuju ke Batu Lancang (Penang nie banyak batu sangat la...). Suasana hening di pagi hari menyucuk sehingga ke bulu roma. Tambahan pula apabila mengenangkan akan menuju ke lokasi yang penuh misteri maka tak semena-mena meremang bulu roma tengkok.

Kulaan memandang wajah sahabat Kulaan yang dek jer muka seposen. Aik! Tak takut ka mamat nih. Detik hati nurani Kulaan. Melihat raut wajah sahabat Kulaan 'steady' maka Kulaan pun 'control macho cover line'. Walau pun dalam hati degupan jantung semakin kencang dan kuat sebagaimana semakin hampir lokasi yang di tuju.

Secara tiba-tiba kenderaan yang kami naiki berhenti di satu kawasan gelap di bawah pokok besar pulak tu. Aduyai! Dah sampai plak. Tadi memang eksen nak 'ushar' tengok, la ni dah sampai jadi kecut perut plak.

Daun pintu kereta dibuka dan sahabat Kulaan terus menuju ke satu lokasi bersebelah kawasan flat kediaman. Sampai di lokasi Kulaan melihat manusia sudah ramai berada di situ. Depa ni berpesta ka tengok hantu beramai-ramai.

Tanpa banyak bicara Kulaan menuruti sahaja langkah sahabat Kulaan yang agak laju. Cis! Nak kejar apa tuh. Setibanya di lokasi Kulaan melihat satu struktur bangunan.

Setibanya di lokasi Kulaan mendengar sahabat Kulaan bersuara. "Bang, bagi Nasi Tomato dengan Teh O Ais"... Cis!!! rupanya Nasi Tomato Berhantu nie adalah sebuah kedai makan yang penduduk Penang suka lepak makan tengah malam. Siot punya member.... *(#Y$*#Y#*U($U@(()!@U!%Y^(_(@*$@(*$*($

inilah Nasi Tomato Berhantu tuh...
sedap giler bro... rugi kalo datang
Penang tak pekena...


5 comments:

  1. giler punya lawak...

    ReplyDelete
  2. syok la mat isa buncit...
    sampai dalam blog pun diiklankan nasi hang nie...

    nak lagi sempoi kena beratur tunggu ayam goreng...

    aku berdendam dengan puaka nasi tomato ni sebab bagi aku 2 tahun lepas...

    TAK LEH TAHAN BRO!!!
    TERANGKAT LA!!!

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  3. syok la mat isa buncit...
    sampai dalam blog pun diiklankan nasi hang nie...

    nak lagi sempoi kena beratur tunggu ayam goreng...

    aku berdendam dengan puaka nasi tomato ni sebab bagi aku gemuk 2 tahun lepas...

    TAK LEH TAHAN BRO!!!
    TERANGKAT LA!!!

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  4. Ayam goreng puaka tak sempat makan bro..habis!!...kempunan kulaan..sampai lewat sikit..kalau tidak sure sehingga menjilat jari..

    ReplyDelete
  5. dah dua hari p dia xbkak la...knpa erk??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers