Gua sempat gak belek-belek blog-blog sebelah pembangkang tapi satu entri dari blog Rakyat Marhaen yang menarik perhatian gua. Banyak sebenarnya si Rakyat Marhaen ni dok membebel tak ketahuan mungkin marah sangat dengan blogger tersohor Pro BN Papa Gomo dan Parpukari sampai dok sebut nama depa berulang kali dengan gelaran "Blogger Elitis".
Tapi bukan cerita Papa Gomo dan Parpukari yang gua nak cerita di sini tapi beberapa kenyataan yang dibuat oleh Rakyat Marhaen seorang blogger pembangkang yang memberi penilaian secara adil terhadap entiti parti seperti Unit Media Baru Pemuda UMNO (UMB) seperti apa yang ditulis Rakyat Marhaen KLIK SINI :
Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (Ringgit Malaysia).
Gua rasa apa yang ditulis oleh Rakyat Marhaen perlu dipandang serius oleh pemimpin atasan UMNO dan BN bagaimana sumbangan yang dilakukan oleh UMB dipandang tinggi dan digeruni oleh pihak lawan seperti apa yang dinyatakan oleh Rakyat Marhaen dalam entrinya yang gua petik buat tatapan korang tapi yang lebih penting buat tatapan pemimpin atasan UMNO agar jangan pandang UMB "sebelah mata" sedangkan pihak pembangkang hampir terjojol keluar bijik mata bila dengar nama UMB.
Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, Unit Media Baru (UMB) UMNO akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengelak menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais bagi membincangkan peranan dan etika blogger.
Gua bagi satu contoh "kebangangan" pemimpin UMNO tertinggi negeri Kedah yang sebok duk membela dan melantik blogger 'ahli Pas seumur hidup' sebagai Ketua Media Baru negeri yang bakal mengetahui banyak rahsia strategi peperangan alam maya dan tidak mustahil 'ahli Pas seumur hidup' tuh boleh "swing" kat kumpulan pembangkang pasal dia masih ahli parti Pas sedangkan tidak ada satu bukti pun dia adalah ahli parti UMNO yang UMNO dok bela. Tambahan pula 'ahli UMNO seumur hidup' ni duduk kat Lembah Kelang bukannya menetap dalam negeri Kedah. Macam mana nak 'cover' isu-isu terkini yang berlaku dalam negeri Kedah.
Itu hanya satu contoh yang gua nak bagi. Bersepah lagi contoh yang gua boleh nyatakan kat sini tapi takut lu orang pembaca boring plak sampai dua hari dua malam pun tak habis lagi dok baca blog gua sedangkan banyak lagi blog yang lu orang nak baca.
So, gua rasa sudah sampai masanya pemimpin tertinggi UMNO duduk dalam bilik sorang-sorang dan berfikir pakai kepala hotak yang Allah anugerahkan agar belajar menghargai dengan apa yang dimiliki jangan seperti kata orang-orang tua, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".
p/s : sah lepas nie ramai yang dok komen kutuk gua pasal kata gua "bodek" UMB la plak... ada gua kesah... lagi banyak lu orang kutuk lagi gua suka pasal itu tandanya demokrasi kat Malaysia dah murni dan sihat... sapa "pirates of Putrajaya"???...
Hahahahahahaha...adios amigos...
UMB dapat 300 ribu sebulan tu macamana? kalau tak masakan driver boleh jadi blogger ya tak?
ReplyDeletelu ckp cntik sket bro
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete