Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 9 April 2012

Kerana Nama "Mat Harun" Dalam IC, Aaron Aziz Dinobatkan Bintang Paling Popular 2011???...


Sejak dua menjak nie kalo korang perasan, nama Aaron Aziz nie banyak kuar blog-blog sensasi atau blog politik pasal isu nama dia kat dalam IC yang dikatakan bernama "Mat Harun" bukan Aaron... tapi isu nama Aaron dalam IC yang kecoh nie tak menghalang beliau daripada menjadi Bintang Paling Popular dan tak mustahil sebab isu nama dalam IC beliau nie la yang sedikit sebanyak membantu menjulang nama dan melayakkan beliau menang... apa pun tahniah ler daripada gua...


GENTING HIGHLANDS: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.
Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.
Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.
Nora Elena, drama bersiri di TV3 yang sebenarnya menjulang nama Aaron sebelum mencipta fenomena menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.
Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.
Pelakon kacak kelahiran Singapura itu mencatat kemenangan berganda malam tadi apabila mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Aaron terpaksa akur di tangan Fizz Fairuz menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Kemenangan Aaron membolehkannya membawa pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers