Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 22 August 2012

Apa Pendirian Hadi Pasal Isu Nasharudin???...

DALAM riuh rendah PAS mahu mengadakan sidang media bagi menyatakan sokongan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam soal saman ke atas mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berhubung isu hudud Jumaat ini, ramai tertanya-tanya dimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Bukan lokasinya tu yang penting tapi orang ramai nak tahu apa pendirian Hadi dalam isu ini, menyokong atau membantah?  Kalau menyokong, siapa, kalau membantah pun siapa?  Karpal atau Nasharudin?

Walaupun jawatan Presiden PAS bukanlah penting sangat jika nak dibandingkan dengan Mursyidul Am (yang merupakan jawatan tertinggi dalam PAS), tapi sebagai pemegang jawatan tertinggi yang boleh dipilih ahli parti dalam Muktamar, kenyataan Hadi adalah sangat penting untuk membantu ahli-ahli parti membuat keputusan pihak mana yang mahu disokong.

Kebanyakkan dari kita tahu sekarang bahawa majoriti ahli PAS berada di belakang Karpal, tapi kalau Hadi membuat kenyataan menyokong, itu adalah lebih baik dan akan menguatkan lagi PAS dalam soal ini.

Pendirian Hadi juga penting untuk menentukan kedudukan Nasharudin di dalam PAS setelah banyak tindak tanduknya kebelakangan ini yang dilihat bercanggah dengan pendirian parti, antaranya apabila dia bergambar bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa orang ulama terkenal Arab Saudi baru-baru ini di Mekah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers