Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 24 August 2012

Pas Bengang Bila MAZA Kata Pas Beri Gambaran Salah Tentang Hudud...

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Pas beri gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.

Katanya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah.

"Saya sudah jelaskan sejak dulu lagi bahawasa pesalah rogol masih boleh dihukum jika tidak mempunyai empat saksi, maka qarinah diguna pakai iaitu bukti kukuh lain.

"Jadi Pas sebagai rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) gagal menerangkan kepada mereka mengenai undang-undang Islam sebenar," katanya.

Mohd Asri mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia sebagai mustahil dipraktikkan di negara ini dan gagal membendung jenayah.

Menurutnya, Pas perlu bertindak lebih agresif dengan menerangkan hukum hudud kepada rakan dalam PR, selain semak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia benar dan tepat.

Dr Asri turut menggariskan tiga golongan yang mengkritik hudud. Golongan pertama kritik hudud kerana membenci hukuman itu semata-mata kerana ia terkandung dalam Islam.

"Golongan pertama adalah mereka yang sudah rosak akidahnya. Golongan kedua pula kritik kerana pentafsiran hudud itu sendiri, iaitu nas yang tidak jelas seperti berapa kadar yang perlu dipotong, latar dan syarat sebelum laksanakannya.

"Golongan kedua ini tidak terkeluar dari agama kerana mereka hanya mempertikaikan pendapat, tetapi setuju dengan hukuman tersebut,' katanya.

Golongan ketiga pula, mereka yang mahukan hudud, tetapi tidak melaksanakannya kerana keadaan dan suasana yang tidak kondusif dalam sesebuah negara Islam.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan, Dr Asri menegaskan tindakan Dr Mahathir tepat kerana melihat enakmen itu tidak lengkap.

"Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers