Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 15 October 2012

Bodoh Punya Pegawai Kanan KPDNKK Tak Bagi Orang Semayang Jumaat!!!... @NajibRazak @IsmailSabri60 @AliHamsa55


Terkejut gua baca berita pasal insiden mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang sehingga ahli mesyuarat tak pergi sembahyang Jumaat pun. Apa dah hilang akal atau bodoh bertingkat-tingkat pegawai terbabit dok meeting masa umat Islam lain menunaikan solat Jumaat. Menurut maklumat, pegawai kanan nie berbangsa Melayu dan beragama Islam dan bergelar Datuk.

Apa guna kakitangan kerajaan diberikan perlepasan waktu berehat agak panjang pada setiap hari bekerja Jumaat iaitu waktu rehat bermula 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang. Sudah tentu masa rehat yang panjang selama 2 1/2 jam ini membolehkan terutama kakitangan lelaki Islam mempunyai ruang masa yang cukup selesa untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Diharapkan KSN baru nie ambik berat skit dengan tindak-tanduk dan tindakan serta keputusan pegawai-pegawai atasan serta pegawai kanan kementerian agar ia tidak menyebabkan kakitangan bawahan marah serta akhirnya mengakibatkan rakyat marah dengan kerajaan.

Maklumat lanjut sila baca di bawah : 

SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.

Diharap pihak Ketua Setiausaha Negara memandang serius perkara ini supaya individu yang dipilih menerajui pentadbiran atasan sesebuah kementerian tidak memperlekehkan hal agama kerana Islam adalah agama rasmi negara ini apatah lagi jika melibatkan pegawai beragama Islam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120927/fo_03/Mesyuarat-tetap-diteruskan-ketika-azan-solat-Jumaat-berkumandang#ixzz29F1THiXb
© Utusan Melayu (M) Bhd

6 comments:

  1. Xkira fhmn politik...
    'seruan Allah amt penting drp segalanya d dunia ni'...
    minta pihak bwajib tegur akn mslh cmni...

    ReplyDelete
  2. Ramai Wahabi dan Khawarij dalam PTD dan Sektor Awam sekarang nie. Mereka ni belum di BRAINWASH faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

    ReplyDelete
  3. kenapa kerajaan masih berdiam diri isu ini? adakah kerajaan hendak senyapkan begitu saja semata-mata untuk selamatkan seorng TKSU (Mahani Tan Abdullah) yang melekehkan islam? http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121012/fo_03/Ambil-tindakan-pegawai-teruskan-mesyuarat-ketika-azan-Jumaat-berkumandang

    ReplyDelete
  4. Bodoh punya TKSU, smlm aku nmpak paper UM dah jwb isu tu, jawapan pun bodoh diberikan oleh Bhgn Korport kpdnkk tu. Ingat rakyat bodoh macam TKSU tu ker, nk telan bulat2 jwpn mmertahankan diri TKsu tu. Kalu betul cerdik dan tak bodoh, jalankn siasatan secara terbvuka, hasil siastan tu made public, barulah telus. Nmpknya pntadbirn Najib ni byk org bodoh.

    ReplyDelete
  5. maybe she thinks her position as Tksu is powerful enouh, mightyful n undeniable for her to humiliate pple, break the law or insulting islam. may Allah give her hidayah n show her a lesson

    ReplyDelete
  6. tak payah ler tuan-tuan berdebat di sini. kerajaan pasti akan melindungi pegawai tinggi mcm TKSU walau apa pun dosa mereka...boleh rujuk modus operandi SBPA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers